What they say

~ Pengunjung yang dihormati,sila ambil masa 3 saat untuk klik iklan yang admin pasang sebagai tanda TERIMA KASIH anda. ~ Dear visitor, please take time 3 seconds to click on the ads that admin install as a sign THANK YOU.

Sunday 20 January 2013

Lawak : Tukar Jantina


Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja, sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.

Satu malam ~~~~ Mat berdoa,’Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja. Biar aku pula yang berehat di rumah’

Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia ber gegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah.

Pastu panaskan injin kereta dan bergegas hantar anak-anak ke sekolah. Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais.Komdian kutip kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti. Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. Komdian angkat kain di jemuran.
Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan. Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap.Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapakan makan malam.

Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur…. dan macam-macam pastu lagi.

Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai lohe… Bolehlah rasanya nak berehat sikit. Opps…. belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali lohe dan langsung tertidur…. … tak pasti pukul berapa.

Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula,’Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu…. Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja’Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,’Wahai Mat, kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih.
Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali….’

Whatttt???.. . 9 bulan 10 hari??? …Beranaaak? ??……. Waaaaaa.. tak nak, tak nak, tak naaaaaaaaaaaaaaaaak kkkk…!! !~~~~~ ‘

Bang, bang… Abangggg… apasal niii…..??’ Sergah satu suara di sisinya.Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil bertanya,’Nab, Nab kah yang jadi suami atau abang yang jadi suami??‘Laaaaa… tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab ni pompuan. Tentulah abang yang jadi suami….. Appa punya lawak pagi-pagi rabun ni…..’Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah….. Nab terkedu , terlopong dan jadi bisu seharian melihat gelagat suaminya…


Moral : Hargailah jantina yg diberikan haha comments

Saturday 19 January 2013

Lawak : Kantoi Meniru




Suatu hari, ayah Azam telah dipanggil oleh pengetua sekolah berkenaan kes Azam yang dituduh telah meniru sewaktu peperiksaan. Azam dikatakan sering meniru jawapan rakannya, Azim.

Ayah Azam : Ahh! saya tak percaya anak saya meniru.Apa buktinya cikgu menuduh begitu?
Pengetua : Buktinya, cuba lihat salah satu soalan ini.
Soalan : Namakan salah seorang sasterawan negara?
Jawapan Azim : A.SAMAD SAID
Jawapan Azam : A.SAMAD SAID

Ayah Azam : Laa... jawapan yang sama begitu,sudah tentu boleh berlaku kerana bukan seorang dua murid yang terbabit dalam ujian ini.Sudah tentu ada yang memberi jawapan yang sama.
Pengetua : Baik,cuba encik lihat pula soalan kedua ni.
Soalan : Di mana A.Samad Said dilahirkan?
Jawapan Azim : SINGAPURA
Jawapan Azam : SINGAPURA

Ayah Azam : Seperti yang saya katakan tadi,jawapan yang sama antara murid sudah tentu satu kebetulan.Ntah-ntah si Azim yang meniru jawapan anak saya.
Pengetua : Kalau begitu,jawapan yang mereka beri pada soalan ni memang sudah membuktikan bahawa Azam telah meniru Azim.
Soalan : Namakan salah satu novel agung karya A.Samad Said?
Jawapan Azim : MAAF,SAYA TIDAK TAHU.
Jawapan Azam : KALAU KAU TAK TAHU,AKU LAGI TAK TAHU..!!! :D


comments

Lawak : Pak Pandir Kena Interview


Satu hari kecoh Pak Pandir panggil wartawan datang kerumah dia.Bila wartawan-wartawan sampai mereka pun bertanya ada apa yang menarik ni Pak Pandir.

Pak Pandir pun kata..tengok ni..aku tanam pokok rambutan tapi tumbuh pokok ubi kayu..hehehe. ( troll face )

Waaa pelik ni Pak Pandir..cuba cerita kat kami...

5 bulan dulu aku ada tanam pokok rambutan kat sini..aku ingat lagi sebab aku ada tandakanya kat sini... dengan apa Pak Pandir tandakan?tanya wartawan... Dengan batang ubi kayu, jawab Pak Pandir..hehe ( troll face )

comments

Undang-Undang Pelik di Dunia


Diantara senarai undang-undang pelik di dunia..

THAILAND : * Dilarang keluar rumah tanpa memakai seluar dalam.

SWISS : * Dilarang berkebun di hari minggu.

SWEDEN : * Dilarang mengecat rumah tanpa izin dari kerajaan dan harus menggunakan cat yang sudah mendapat sertifikasi dari mereka.

KOREA SELATAN : * Polis wajib melaporkan jumlah wang rasuah yang mereka terima dari para pemandu yang ditahan.

SINGAPURA : * Dilarang berjalan (bogel) * Tidak flusk jamban setelah buang air di toilet, dikenakan denda.

UNITED KINGDOM : * Dilarang menjual sayuran di hari minggu . * Wanita dilarang makan coklat di tempat umum.

MEXICO : * Wanita yang bekerja dilarang mengenakan pakaian seksi yang dapat memprovokasi rakan kerja selama jam kerja. * Dilarang memaki di tempat umum.

AUSTRALIA : * Dilarang mengangkat telefon pada deringan pertama. * Dilarang mengenakan seluar dalam Hot Pinkdi hari minggu.

GREECE : * Dilarang mengenakan topi di stadium , kerana dapat mengganggu pandangan orang lain.

KANADA : * Dilarang memakai handiplast luka di tempat umum. * Dilarang menyirami tananam di kebun waktu sedang hujan. * Dilarang memanjat pokok.

PERANCIS : * Dilarang berciuman di keretapi bawah tanah.

ISRAEL : * Dilarang memelihara babi di Israel . Orang yang melakukannya akan ditembak mati.

AMERIKA :-

- ARIZONA : * Dilarang memandu tanpa kasut. * Dilarang bermain domino di hari Minggu. * Dilarang memakai misai palsu di gereja. * Hukuman mati dikena bagi sesiapapun yang menaburkan garam di atas rel kereta api. * Dilarang memandu dengan mata tertutup.

- ALASKA : * Dilarang mengambil gambar beruang yang sedang tidur. * Dilarang memberi minum bir pada rusa. * Dilarang berjalan-jalan sambil membawa busur dan anak panah.

- ARKANSAS : * suami diizinkan memukul isterinya, tapi tidak boleh lebih dari 1 kali sebulan. * Dilarang memelihara buaya di dalam bathtub. * wanita yang saling menggoda di tepi jalan, akan dikenakan 30 hari penjara. * Dilarang membawa lembu berjalan-jalan di jalan utama di hari Minggu.

- CALIFORNIA : * Binatang peliharaan dilarang dibiarkan berhubungan seks di sekitar lokasi sekolah, taman, dan tempat ibadah.

- COLORADO : * Dilarang berdebat dengan polis, kecuali kenderaan Anda ditahan olehnya.

- CONNECTICUT * Dilarang mencium isterinya di hari Minggu.

- FLORIDA : * Dilarang bernyanyi di depan umum sambil mengenakan pakaian renang. * Dilarang kentut di tempat umum setelah pukul 6 . * Dilarang memecahkan piring dan gelas lebih dari 3 buah sehari.

comments

Friday 18 January 2013

The Impossible 2013 - HD





Maria, Henry and their three sons begin their winter vacation in Thailand, looking forward to a few days in tropical paradise. But on the morning of December 26th, as the family relaxes around the pool after their Christmas festivities the night before, a terrifying roar rises up from the center of the earth. As Maria freezes in fear, a huge wall of black water races across the hotel grounds toward her.

 

 

 

 File Size : 1.4 GB

Password :


mydownloadcity.com


Download

 

comments

Minyak Dagu 2013 - Full Movie


Sinopsis :
Minyak Dagu mengisahkan tentang Azman yang berdendam dengan bekas tunangnya Emelda, disebabkan terlalu dendam dan mengikut desakan daripada kawannya, Azman telah berjumpa bomoh, Wak Minarjo seorang pawang hebat minyak dagu. Emelda yang memutuskan pertunangan dengan Azman demi mengikut cakap kedua-dua orang tuanya bahawa Johan adalah seorang calon suami yang baik dan boleh menjamin masa depan Emelda, nak dibandingkan Azman yang hanya seorang jurujual yang sering tak ada untungnya.

Liza, ibu kepada Azman begitu kecewa dengan sikap Emelda kerana melukakan hati anaknya. Setelah bertemu dengan Wak Minarjo, Azman betul-betul nekad untuk membeli minyak dagu, dan dia haruslah megikut pantang-larang yang diberitahu Wak Minarjo, Minyak dagu tersebut haruslah dicalitkan pada siku Emelda dan botol minyak dagu tersebut hendaklah di tanam berdekatan dengan pokok pisang. Sekiranya botol tersebut pecah disambar petir, maka segala kuasa sihir hilang.

Menunggu hari bahagia Emelda dan Johan dinikahkan. Emelda nekad ingin menjemput bekas tunangnya itu. Azman mula mengambil kesempatan tersebut untuk mencalitkan minyak dagu pada siku Emelda. Di hari pernikahan Emelda dan Johan, Emelda tiba-tiba histeria. Azman puas kerana dendamnya terbalas. Semenjak dari itu, keadaan Emelda berubah. Johan bertindak membawa bomoh untuk mengubati histeria Emelda yang semakin parah. Hal ini menyebabkan Ainon, mak Emelda cenderung menuduh Johanlah yang menjadi punca sakit Emelda.

Akhirnya selepas bertengkar, Ainon diserang sakit jantung dan meninggal dunia. Azman merasa bersalah lalu melawat jenazah Ainon. Pantang larang terbesar Azman ialah tidak boleh melawat orang mati. Segala-galanya berubah..


File Size : 357 MB

Download From Netload


Download From Turbo


Download From Exabit


comments

Maharaja Lawak Mega - Minggu ke 9 HD



Minggu Ke 9

Anda telah menentukan Osbon dinobatkan sebagai Juara Maharajalawak Mega! Kini saksikan pula persaingan pelawak-pelawak ternama beraksi bagi meraih gelaran Maharajalawak Mega 2012! Kami menghimpun pelawak-pelawak ternama dalam satu pertandingan bagi mengetahui siapakah yang terbaik antara yang terbaik. Barisan pelawak-pelawak terdiri daripada peserta dari 3 negara, Malaysia, Singapura dan Indonesia. . Tambah hebat, setiap pelawak yang bertanding mempunyai portfolio seni yang mengagumkan dalam bidang ini.

Menggunakan konsep dan format yang hampir sama seperti Maharajalawak Mega yang lalu, nasib para peserta akan diadili dengan gabungan sistem pemarkahan juri tetap dan undian penonton. Empat orang juri tetap setiap minggu yang kesemuanya terdiri daripada selebriti yang bukan berlatarbelakang pelawak, atau pelakon komedi akan dipertanggungjawabkan untuk menilai persembahan para peserta berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Mereka bakal menilai para peserta berdasarkan kelucuan dan elemen jenaka dalam sesebuah persembahan, keaslian persembahan dan kreativiti serta bakat dan kemahiran lakonan yang paling menyerlah daripada perspektif mereka sendiri.

Pastikan temujanji anda bersama kami! Malam Jumaat anda pasti riuh dengan gelak ketawa bersama keluarga. Saksikan secara eksklusif di Astro Warna (Saluran 132)


File Size : 714 MB

Download From Rapid


Download From Uploaded


comments

Maharaja Lawak Mega - Minggu ke 8 HD


Minggu Ke 8

Anda telah menentukan Osbon dinobatkan sebagai Juara Maharajalawak Mega! Kini saksikan pula persaingan pelawak-pelawak ternama beraksi bagi meraih gelaran Maharajalawak Mega 2012! Kami menghimpun pelawak-pelawak ternama dalam satu pertandingan bagi mengetahui siapakah yang terbaik antara yang terbaik. Barisan pelawak-pelawak terdiri daripada peserta dari 3 negara, Malaysia, Singapura dan Indonesia. . Tambah hebat, setiap pelawak yang bertanding mempunyai portfolio seni yang mengagumkan dalam bidang ini.

Menggunakan konsep dan format yang hampir sama seperti Maharajalawak Mega yang lalu, nasib para peserta akan diadili dengan gabungan sistem pemarkahan juri tetap dan undian penonton. Empat orang juri tetap setiap minggu yang kesemuanya terdiri daripada selebriti yang bukan berlatarbelakang pelawak, atau pelakon komedi akan dipertanggungjawabkan untuk menilai persembahan para peserta berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Mereka bakal menilai para peserta berdasarkan kelucuan dan elemen jenaka dalam sesebuah persembahan, keaslian persembahan dan kreativiti serta bakat dan kemahiran lakonan yang paling menyerlah daripada perspektif mereka sendiri.

Pastikan temujanji anda bersama kami! Malam Jumaat anda pasti riuh dengan gelak ketawa bersama keluarga. Saksikan secara eksklusif di Astro Warna (Saluran 132)


File Size : 740 MB

Download From Rapid

 

Download From Uploaded 

 

 



comments

Sukan : FAM ‘import’ pemain Jepun


Subahan (kiri) bersama Datuk Faisal Abdullah (dua dari kiri) menyambut ketibaan Sheang Tsung ( dua dari kanan) dan wakil  kelab Shanghai Shenhua , Cheng Liang (kanan) di KLIA, Sepang, petang tadi.
Subahan (kiri) bersama Datuk Faisal Abdullah (dua dari kiri) menyambut ketibaan Sheang Tsung ( dua dari kanan) dan wakil kelab Shanghai Shenhua , Cheng Liang (kanan) di KLIA, Sepang, petang tadi.
 
Sheang Tsung anak Malaysia lahir di Jepun, sarung jersi Harimau A

Kuala Lumpur: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengorak langkah awal menjejak warga Malaysia di luar negara untuk menyarung jersi Harimau Malaya apabila ‘membawa pulang’ Tam Sheang Tsung, bintang muda kelab China, Shanghai Shenhua ke tanah air, semalam.

Sheang Tsung yang bakal menjengah usia 18 tahun pada 24 Mei depan adalah pemain tengah kelahiran Tokyo, Jepun tetapi memegang pasport Malaysia.
Ibu bapanya, Tam Yun Tong dan Chin Hui Ang berasal dari Malaysia tetapi membuka restoran Rasa Malaysia Cuisine di Tokyo sejak hampir 20 tahun lalu, di mana Sheah Tsung dilahirkan dan membesar di sana.

Pengurus skuad kebangsaan, Datuk Seri Subahan Kamal merangkap Naib Presiden FAM yang menyambut ketibaan Sheang Tsung di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), petang semalam berkata, pemain berkenaan akan diuji selama seminggu di Wisma FAM, Kelana Jaya bersama skuad Harimau Muda A mulai hari ini.


Serap skuad Harimau


“Dengan usaha yang dibuat oleh FAM dan pengurusan kelabnya, Sheang Tsung akan mengikuti latihan bersama skuad Harimau Muda A kendalian Ong Kim Swee bermula petang esok (hari ini) sambil turut akan dipantau oleh jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal.

“Kita akan nilai terlebih dulu adakah dia memang sesuai untuk bersama kita dan jika semuanya berjalan lancar, dia mungkin akan terus diserapkan bersama skuad Harimau Muda A bagi membolehkannya menyarung jersi skuad kebangsaan,” kata ubahan ketika dihubungi, petang semalam.
Sheang Tsung memulakan kerjaya bersama skuad B-15 Yokohama FC biarpun ketika itu baru berusia 13 tahun. Setahun kemudian, dia menyertai kelab Brazil, Sao Bernardo kerana ditawarkan latihan intensif bersama skuad B-20 kelab itu.

Kemudian Sheang Tsung kembali mewakili skuad remaja Yokohama FC dan pada Mac 2011, dihantar pula selama tiga bulan ke Cardiff City sebelum kembali ke Jepun untuk menyertai akademi Sagan Tosu dan akhirnya ditandatangani Shenhua pada 24 Mei 2012.

Sumber

comments

Budak 17 Tahun Larikan Budak 11 Tahun !


Teratai dan Muhamad Shahril
HULU SELANGOR: Seorang budak perempuan berusia 11 tahun yang dipercayai dilarikan kekasihnya ketika sedang menjamu selera bersama datuk dan neneknya di sebuah medan selera di pasar raya Tesco dekat Bukit Sentosa di sini Sabtu lalu masih belum lagi ditemui.

Teratai Kamilia Mohd. Hafiza, 11, dipercayai dilarikan oleh kekasihnya yang dikenali sebagai Muhamad Shahril Imran Muhd. Mudrika, 17, pada pukul 2.30 petang.

Mengikut maklumat keluarga mangsa, Teratai sebelum ini pernah menghilangkan diri selama sehari bersama lelaki sama tetapi pulang semula ke rumah selepas dipujuk oleh keluarganya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Zulkepli Bedin berkata, budak perempuan dan kekasihnya itu didakwa mengenali satu sama lain ketika bermain satu permainan atas talian kira-kira tiga bulan lalu.

Bagaimanapun, menurut beliau, apabila hubungan mangsa dan kekasihnya yang tinggal di Kota Warisan, Sepang diketahui keluarga mangsa, keluarga budak perempuan itu melarang mangsa berjumpa kekasihnya itu.

Dalam tempoh perhubungan itu, kekasih Teratai didakwa pernah menghantar sebentuk cincin kepada mangsa dengan hasrat untuk mengikat tali pertunangan dan seterusnya menjalinkan hubungan yang lebih serius.

Zulkepli berkata, berikutan hubungan cinta yang semakin sukar disekat, mangsa yang sebelum ini tinggal bersama keluarganya di Taman Permata, Ulu Kelang dihantar untuk tinggal di rumah datuk dan neneknya di Taman Bukit Sentosa di sini pada awal bulan ini.

"Bagaimanapun, pada Sabtu lalu, mangsa hilang dipercayai dibawa lari oleh kekasihnya berdasarkan televisyen kamera litar tertutup (CCTV) di pasar raya berkenaan," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Kata beliau, melalui CCTV itu, Teratai dilihat mengekori suspek dan masing-masing dilihat meninggalkan medan selera pasar raya itu pada masa sama tetapi melalui pintu berlainan.

Polis sudah mencari remaja lelaki itu di rumahnya di Sepang namun remaja itu sudah tidak pulang ke rumah sejak Sabtu lalu. Keluarga kepada remaja lelaki itu juga mengetahui mengenai hubungan cinta anak mereka tetapi tidak berdaya menyekat hasrat anaknya.

Mengulas lanjut, Zulkepli berkata, siasatan medapati kali terakhir pelajar Sekolah Kebangsaan Taman Permata, Kuala Lumpur itu dilihat berkeliaran di Tampoi, Johor.

Bagaimanapun, gerakan mengesan pasangan remaja itu selepas mendapat maklumat belum berhasil menemui pasangan itu.

Sumber
 
 
comments

Tuesday 15 January 2013

Perdaya Lebih 20 Wanita : Kasanova Ditahan !!



GEORGETOWN: Seorang lelaki yang disyaki memperdaya lebih 20 wanita menerusi laman web sosial dan mengaut lebih RM500,000 sejak 2001, akhirnya ditahan polis.

Lelaki berusia 45 tahun itu ditahan di rumah sewanya di Bukit Gambir di sini pada 4 Jan hasil risikan dan maklumat awam, kata Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersial negeri, Asisten Komisioner Roslee Chik.
Beliau berkata lelaki penganggur itu dikatakan menyamar sebagai doktor dan memperdaya wanita di beberapa negeri menerusi laman web sosial dengan menabur janji manis untuk mengahwini mereka.


"Mangsa kebanyakannya bekerja sebagai guru, jururawat dan sektor perkilangan serta berstatus bujang. Suspek biasanya akan menyakinkan mangsa dan turut bertemu ahli keluarga wanita berkenaan untuk berbincang mengenai majlis perkahwinan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata selepas mendapat kepercayaan keluarga mangsa, lelaki itu memberi alasan kesempitan wang untuk mengadakan majlis perkahwinan dan memujuk mangsanya menyerahkan wang tunai, barang kemas sebelum menghilangkan diri.

"Ada juga mangsa yang sanggup membuat pinjaman bank dan menyerahkan kereta kepada lelaki itu. Kami minta wanita yang pernah berkenalan dan ditipu individu yang menggunakan nama Dr Shiva Nair, Dr Ragunathan dan Keeran Raj datang ke balai polis untuk membantu siasatan," katanya.

Beliau berkata hasil kegiatan selama lebih 10 tahun, lelaki yang telah berkeluarga dan mempunyai dua anak itu hidup mewah dan mampu menyewa rumah teres berharga RM1,800 sebulan.
Hasil serbuan di rumah suspek, polis menemui pelbagai jenis barang kemas bernilai hampir RM30,000, 49.40 gram logam dipercayai emas lebur, resit gadaian emas, jaket berlambang kementerian kesihatan, slip transaksi bank, tiga telefon bimbit dan lima kad sim.

Roslee berkata suspek yang berasal dari Taiping Perak dan mempunyai enam rekod jenayah lampau membabitkan kes penipuan itu juga didapati menggunakan nombor pendaftaran kenderaan palsu dan sering menukar nombor telefon bimbitnya. - BERNAMA

Sumber

comments

Sunday 13 January 2013

Tersebar !! Gambar Pasangan Berpeluk Atas Kereta !

Tak Malu! Peluk-Peluk Atas Kereta





Gambar ini ditangkap curi tanpa pengetahuan pasangan ini. Perbuatan berpelukan di tempat terbuka sepatutnya tidak berlaku,tetapi kini kita selalu boleh nampak LIVE.





Jadi apa pandangan korang tentang perlakuan mereka ni? Ishh ishh ada-ada je..






 Amaran,jangan tiru aksi ini ! Haha..





Tak Malu! Peluk-Peluk Atas Kereta









* Haha any komen..? haha.. Ada mesej kalau anda berfikir secara lebih dalam lagi haha..




comments

Menipu Kolej - Bekas Rockers Malaysia Dipenjara !


Bekas Rockers Dipenjara Tipu Kolej


Dua ahli perniagaan termasuk seorang bekas ahli kumpulan rock sekitar 90-an masing-masing dihukum penjara sehari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, setelah mengaku salah menipu sebuah kolej swasta, Rabu lalu.

Hakim Julie Lack Abdullah turut mengarahkan tertuduh Rustam Affandu Abdul Majid, 40, dan Addy Sany Ariffin, 42, menjalani hukuman penjara selama tiga jika gagal melunaskan bayaran denda tersebut.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka dengan niat bersama didakwa cuba menipu seorang pegawai SPRM, Nor Azlizan Mohd Ali, 29, yang berpura-pura sebagai ‘funder’ dan ‘sleeping partner’ Kolej Crew Skills International (M) Sdn Bhd yang menawarkan latihan teori dan praktikal untuk tulang masak pelajar-pelajar luar negara.

Kedua-dua tertuduh didakwa telah cuba memperdayakan mangsa kononnya boleh membantu mendapatkan kelulusan Lesen Pusat Bertauliah dari Jabatan Pembangunan Kemahiran bagi kolej berkenaan.

Tindakan tersebut didakwa telah mendorong Nor Azlizan memberikan kepada kedua-dua tertuduh wang tunai RM10,000 sebagai pendahuluan daripada RM45,000 yang diminta mereka.

Kedua-dua tertuduh melakukan kesalahan itu di kafe sebuah hotel di Jalan Raja Dr Nazrin Shah pada jam 2.47 petang.

Pertuduhan dikemukakan oleh Pegawai Pendakwa SPRM, M Kathan mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 417 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mereka tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan dikenakan kerana telah insaf dan menyesal atas perbuatan yang dilakukan dan berjanji tidak mengulangi kesalahan sama.

Berdasarkan fakta kes, Pengurus Besar Koleh Crew Skills International (M) Sdn Bhd, Azizi Abidin yang merupakan pengadu dalam kes ini telah berjumpa dengan kedua-dua tertuduh pada jam 11.30 pagi di Restoran Nyonya Roots di Bangsar, Kuala Lumpur, pada 4 Januari lalu.

Kedua-dua tertuduh meminta wang sebanyak RM45,00 daripada Azizi untuk membantunya mendapatkan Lesen Pusat Tauliah bagi kolej berkenaan. Pada hari sama, pengadu telah membuat aduan di SPRM Putrajaya pada jam 5.30 petang.

Susulan itu, satu perangkap telah diadakan dan kedua-dua tertuduh telah ditahan selepas menerima wang pendahuluan sebanyak RM10,000 daripada seorang pegawai SPRM yang berpura-pura sebagai penyumbang dana kolej. - SH

comments

Kahwin 5 (2012) - Full Movie



SINOPSIS :
Mengisahkan tentang Dr. K, seorang jutawan MLM yang terkenal dengan gelaran 'playboy tua' dan sifat mata keranjangnya masih ingin merasa hidup sebagai seorang bujang.

Beliau hidup aman dan bahagia bersama empat orang isterinya yang dinikahinya berdasarkan kekuatan agama, kecantikan, kekayaan dan keturunannya. Kehidupannya yang indah seakan cerita dongeng dan menjadi idaman kaum lelaki, dilengkapkan lagi dengan kejayaannya dalam perniagaan mangkuk plastik produk MLM keluaran syarikatnya.

Pemergian Dr. K ke cawangannya di Johor Bahru disambut sebagai satu peluang positif, bertukar menjadi kemelut hitam yang bakal memporak perandakan hidupnya dan menjadi mimpi ngeri. Terjebak dalam perangkap pembantu peribadinya, Fara, Dr. K seakan tidak mempunyai jalan keluar apabila dipaksa menikahi Fara oleh abangnya Cico.

Berjayakah Dr. K untuk berkahwin lima? Saksikan kesudahan kisah komedi, yang membuatkan anda tidak kering gusi yang muncul pada penghujung tahun ini.





File Size : 693 MB

Download RMVB


Download AVI

comments

Hotel Transylvania (2012) - Full Movie


 
Sinopsis :
Dracula, who operates a high-end resort away from the human world, goes into overprotective mode when a boy discovers the resort and falls for the count's teen-aged daughter.  

 

File Size : 360 MB 


Download

comments

Sepah The Movie (2012) - Full movie




Sinopsis :
“Sepah The Movie”, mengisahkan ragam tiga lelaki bujang yang bekerja di sebuah kilang elektronik. Jep, Shuib dan Mamat berkawan rapat sejak dari kecil dan mempunyai hobi yang sama iaitu obses dengan sukan motor lasak atau motor cross. Mereka yang dikenali sebagai ’Sepah’ merupakan juara sukan tersebut di sekitar Johor Bahru. Dalam pada itu, mereka menghadapi peristiwa yang telah melahirkan konflik persahabatan mereka. Munculnya seorang gadis cantik bernama “ Ayu sofea “ ,yang bertugas dibahagian “Training “ (trainer) dikilang elektronik tempat mereka bekerja. Pelbagai strategi dan juga ragam tiga lelaki bujang ini didalam situasi untuk memenangi hati “ Ayu sofea”. Ayu bagaimanapun pandai menyesuaikan diri bila berhadapan dengan kerenah dan juga ragam tiga bujang Sepah ini . Terjadilah sketsa serta babak-babak yang kelihatan membodohkan diri sendiri serta buli membuli sewaktu tiga bujang itu mengatur strategi. Namun semuanya gagal.



File Size : 693 MB

Download Avi


Download RMVB

comments

70 Model Telefon Pintar Pilihan Belia Untuk Rebat RM200


Gambar Hiasan

 

70 pilihan model telefon pintar PKB untuk belia 21~30 tahun


Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) mengemukakan 70 model telefon pintar yang boleh dipilih belia bagi mendapat rebat RM200 Pakej Telekomunikasi Belia (PKB).

Menterinya Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, model telefon berkenaan akan dipapar menerusi laman sesawang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membolehkan belia membuat perbandingan harga di pasaran.

"SKMM akan terus memantau pendaftaran itu menerusi Internet dan kini 187,000 mendaftar untuk mendapatkan rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia bagi pembelian telefon pintar," katanya di Kuala Penyu.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Himpunan Kasih Sayang, Klik Dengan Bijak dan Nilai-nilai Murni peringkat negeri Sabah di Menumbok, dekat sini hari ini.

Beliau berkata, kementerian juga akan menyenaraikan 1,000 outlet dan penjual alat telekomunikasi yang menyertai PKB di seluruh negara.

Di bawah program itu yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Belanjawan 2013, belia berusia antara 21 dan 30 tahun layak menerima rebat RM200 bagi pembelian telefon pintar.

Program Himpunan Kasih Sayang yang berlangsung selama dua hari sejak semalam itu dianjur SKMM Sabah dan Labuan dengan kerjasama beberapa agensi di bawah KPKK.

Program yang dimeriahkan pelbagai lapisan masyarakat itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Seri Kamaruddin Siaraf, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias Datuk Azizah Mohd Dun, Pemangku Pengerusi Umno Beaufort Isnin Aliasneh dan Adun Kuala Penyu John Teo Mau Sing.

Penyedia perkhidmatan yang terlibat ialah Maxis Berhad, Celcom Axiata Berhad, DiGi Telecommunications Sdn Bhd, U Mobile, YTL Communications, Tune Talk dan Clixster.

comments

Syak Virus Selesema Burung Senjata Biologi Negara Asing !!




Foto
Gambar fail menunjukkan seorang pegawai Korea Selatan memeriksa suhu badan pelancong asing yang memasuki negara itu sama ada bebas daripada selesema burung atau sebaliknya.


Perisikan Indonesia kaji fenomena selesema burung

Jakarta: Virus baru selesema burung mungkin sejenis senjata biologi yang dicipta negara asing, kata agensi perisikan Indonesia.
Virus itu dilaporkan penyebab beribu-ribu itik mati di negara itu sejak beberapa bulan lalu.

“Agensi saya mengikuti fenomena ini sejak permulaan lagi. Kita perlu terus berjaga-jaga kerana perkembangan senjata biologi global pantas. Pada masa depan, serangan biologi seperti ini akan digunakan dalam peperangan," Marciano Norman, Ketua Agensi Perisikan Kebangsaan

“Agensi saya mengikuti fenomena ini sejak permulaan lagi. Kita perlu terus berjaga-jaga kerana perkembangan senjata biologi global pantas.

“Pada masa depan, serangan biologi seperti ini akan digunakan dalam peperangan,” kata ketua Agensi Perisikan Kebangsaan (BIN), Leftenen Jeneral Marciano Norman.

Pada masa sama, siasatan pihak berkenaan belum menemui sebarang bukti bahawa wabak jangkitan selesema burung terbaru di beberapa tempat di Indonesia adalah sejenis serangan biologi oleh negara asing, katanya lagi.

“Kami terus mengikuti perkembangan semasa. Kami tidak boleh buat kesimpulan tanpa bukti kukuh.
“Kami minta agensi berkaitan yang ada kemahiran dalam perkara itu untuk memeriksa lebih mendalam virus berkenaan dan kami akan memberi sokongan,” katanya lagi.

Pasukan menyiasat

Menteri Hal Ehwal Politik, Undang-Undang dan Keselamatan, Djoko Suyanto bersetuju dengan pandangan Marciano.

“Sejak ada dakwaan itu, kami sudah membentuk satu pasukan untuk menyiasat. Ia membabitkan anggota BIN dan Kementerian Kesihatan,” katanya.
Djoko bersetuju bahawa virus itu mungkin dihasilkan oleh pihak yang ada kepentingan tertentu.

“Dakwaan mengenainya satu perkara yang menyebabkan kami terus berjaga-jaga kemungkinan ia benar,” katanya.

Kerajaan pusat juga meminta pihak berkuasa wilayah supaya mengambil langkah untuk menjangka kemunculan virus baru yang dirujuk sebagai ‘H5N1 clade 2.3.2.’. - AGENSI

INFO: Selsema burung

- Pihak pentadbiran wilayah Jawa Tengah merekodkan kematian hampir 200,000 itik di 28 daerah dan bandar sejak Setember 2012
- Lebih 6,000 itik dijangkiti virus di bahagian selatan, tengah dan timur Lampung.
- Di Payakumbuh, Sumatera Barat, 2,000 ekor itik mati pada Disember 2012, manakala di Sidenreng Rappang, Sulawesi Selatan, 25,500 burung mati sejak Disember

Sumber

comments

Saturday 12 January 2013

$100,000 Dalam 1 Wang Kertas ! REAL !


Wang kertas bernilai $100 ribu
 
Pernah tak korang nampak wang kertas dengan nilai $100,000? Tak pernah? memang patut pun..sebab kalau korang memilikinya, itu dianggap jenayah terutama bagi rakyat Amerika.

Ini dia wang kertas dengan nilai $100,000 dan ia sebenarnya memang wujud dan hanya digunakan dalam urusniaga antara bank-bank sahaja.

Berikut laporan The Huffington Post mengenai wang kertas $100 ribu ini.

When it comes to cash, many of us believe the $100 bill, graced with Ben Franklin's face, is king. Not so. Long before everyone starting talking about a trillion-dollar coin to fix the deficit, the U.S. government was printing and minting some seriously valuable lucre.

Behold the $100,000 bill. The 100-grand bill was printed at the height of the Great Depression on Dec. 18, 1934, according to Bloomberg. Technically called gold certificates, these bills were designed to spur inflation and were only swapped between Federal Reserve banks. They were never circulated publicly (just owning one is illegal).

Primarily designed to facilitate money transfers between banks, the big bills largely fell out of circulation after wire transfers were invented -- making life a little harder for gangsters, and nobody else.  
 
*$100,000 dalam 1 wang kertas..? Fuu tak bawa dompet pun tak apa haha..


comments

Mesti Tahu !! 3 Golongan Yang Hampir Ke Syurga Tapi Masuk Neraka !


1. Seorang mujahid, yang berjuang dan akhirnya dia mati syahid.
Dia hampir melangkah masuk ke dalam syurga, tapi sebelum dia melangkah, ALLAH bertanya kepadanya,
“Wahai Mujahid, kenapa kamu masuk ke dalam syurga?”

Berkatalah oleh dia kepada ALLAH, “Aku masuk ke dalam syurga kerana aku mati syahid, kerana berjuang ke jalanMu ya ALLAH. “

Kemudian ALLAH menjawab, “Kau cuma berdusta, kau sebenarnya berjuang untuk aku, tetapi kau berjuang dan syahid hanya untuk dikenang sebagai wira dan mahu diangkat sebagai hero didalam masyarakat selepas kematianmu..”
Maka dengan itu, si mujahid ini, dilemparkan ke dalam api neraka.

2. Seorang yang mengajar ilmu kepada orang.
Hampir sahaja melangkah masuk ke dalam Syurga apabila ALLAH bertanya kepadanya,
“Wahai kamu, tahukah kamu mengapa kamu masuk ke dalam syurga?”

Lalu si guru pun menjawab, “aku masuk kedalam syurga kerana semasa hidupku, aku mengajar ilmu kepada orang, ilmu yang bermanfaat, ilmu yang supaya orang semakin mendekatiMu Ya ALLAH.”

Lalu ALLAH berkata, “Kau tipu, sebenarnya kau mengajarkan ilmu ketika hidupmu bukan untuk itu, kau hanya mahu mengajar kerana hendak dihormati sebagai guru, seorang ustaz, seorang guru, alim ulama’ yang mengajarkan ilmu Aku kepada mereka. Maka atas sebab itu juga, kau akan aku masukkan ke dalam neraka ku.”

3. Si kaya raya yang suka bersedekah.
Sudah hampir menjejakkan kaki kedalam syurga tapi sebelum itu bertanya ALLAH kepadanya,
“Wahai hambaku, tahukah kamu mengapa kamu mendapat balasan syurgaKu?”

Maka dijawab olehnya, “Wahai Tuhanku, aku dahulu semasa hidupku telah kau kurniakan aku dengan kekayaan, dan dengan harta kurniannyaMu itu, aku gunakan untuk jalanMu, aku sedekahkan kepada anak yatim, aku berikan kepada orang miskin, pendek kata, hartaku banyak kugunakan demi untuk kepentingan memartabatkan agamu Ya ALLAH. “

Sekali lagi ALLAH menjawab,
“Kau tipu dalam beribadat, yang kau lakukan itu hanya demi mendapat kan title “Dermawan” ketika kau hidup satu ketika dahulu, perbuatanmu itu bukan untuk mendapat redhaku.”
Dan si kaya raya juga turut dilemparkan ke dalam api neraka yang maha siksa dan pedih azab 
siksanya.

Dari ketiga-tiga contoh yang diceritakan di atas itu, mempunyai satu kaitan sahaja sebenarnya, iaitu KEIKHLASAN dalam kita beribadat. Jika berniat hanya kerana ALLAH, maka amalan kita takkan terpesong, tapi sekiranya hanya kerana inginkan pengiktirafan dari hamba, maka yang kita dapat hanyalah pengiktirafan dari mereka, tapi bukan dari ALLAH.

Marilah bersama kita fikir dan renungkan sama ada perbuatan kita, amalan kita pada hari ini, adalah demi mendapat redha hamba atau redha dari ALLAH, dan jika terselit walau sezarah pun niat ingin riak dan bermegah dengan perbuatan kita, sebaiknya kita bertaubat dan berdoa agar kita dijauhkan darinya, kerana ia mungkin satu hari nanti menjadi penghalang kita dari mencapai Syurga yang abadi.

comments

Gambar Dan Video : 10 Kenderaan Berlanggar Dan Kereta JPJ Dibakar !


Sebuah kenderaan penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diterbalikkan dan dibakar oleh orang ramai yang marah selepas kemalangan teruk yang membabitkan 10 kenderaan di Ayer Tawar, Perak petang ini.
Timbalan OCPD Manjung, Ahmad Mat Isa memberitahu Malaysiakini bahawa 15 orang mengalami kecederaan ringan dalam kemalangan tersebut, tetapi tidak seorang pun dimasukkan ke hospital.

Beliau juga mengesdahkan tidak ada kematian dilaporkan setakat ini.

Kemalangan itu berlaku petang ini selepas sesi persekolah di Jalan Beruas-Ayer Tawar, yang  melibatkan kenderaan penguatkuasa pacuan empat roda JPJ , dua bas sekolah, dua lori, sebuah motosikal dan empat buah kereta.

Seorang saksi telah memuat-naik ke Facebook video selama lapan minit yang menunjukkan sekumpulan orang ramai marah dan menjerit serta membaling objek ke arah kenderaan pacuan empat roda itu.

Mereka kemudiannya menterbalikkan kenderaan itu sebelum dua anggota polis trafik tiba dan cuba untuk menghalang mereka.

Bagaimanapun, mereka gagal untuk meredakan kemarahan orang ramai dan mereka bertindak memecahkan tingkap kenderaan, itu diiringi oleh teriakan marah "bakar!"

Selepas satu objek dibaling ke arah kenderaan pacuan empat roda yang terbalik itu, ia terbakar, memaksa orang ramai berundur.

Tidak lama kemudian, beberapa anggota bomba datang dan memadamkan api.

Saksi-saksi mendakwa kemalangan itu disebabkan oleh kereta peronda JPJ yang cuba memintas sebuah lori, tetapi ia dinafikan oleh Ahmad, yang berkata kereta peronda itu telah dilanggar oleh lori.

Beberapa jam selepas kejadian itu, sekurang-kurangnya tiga video dimuat naik di Facebook dan puluhan gambar dan komen tersebar di Internet. Orang ramai kelihatan mengambil gambar dan video dengan telefon bimbit mereka.

Sumber


Gambar : Sekitar kejadian


























Video : Sekitar Kejadian



*Admin tak nak komen apa-apa sebab admin tak nampak apa sebenarnya yang terjadi waktu kejadian. Apa pun,kita kena bertindak dengan wajar dalam apa pun kita lakukan :) comments

Gambar Dan Video : Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112


PERHATIAN : Admin mohon kerjasama para pembaca agar menggunakan budi bicara sebaiknya mengenai artikel ini. Admin tidak bermaksud untuk menyiarkan artikel berunsur politik,tetapi lebih kepada informasi semata-mata,terima kasih atas kerjasama anda.


 Gambar : Sekitar Perhimpunan  12/01/2013




 

gambar himpunan kl122 kebangkitan rakyat kronologi dan matlamat kl112 himpunan kebangkitan rakyat


















Video : Sekitar Perhimpunan  12/01/2013

comments

Please Click Ads :)