What they say

~ Pengunjung yang dihormati,sila ambil masa 3 saat untuk klik iklan yang admin pasang sebagai tanda TERIMA KASIH anda. ~ Dear visitor, please take time 3 seconds to click on the ads that admin install as a sign THANK YOU.

Sunday 13 January 2013

Menipu Kolej - Bekas Rockers Malaysia Dipenjara !


Bekas Rockers Dipenjara Tipu Kolej


Dua ahli perniagaan termasuk seorang bekas ahli kumpulan rock sekitar 90-an masing-masing dihukum penjara sehari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, setelah mengaku salah menipu sebuah kolej swasta, Rabu lalu.

Hakim Julie Lack Abdullah turut mengarahkan tertuduh Rustam Affandu Abdul Majid, 40, dan Addy Sany Ariffin, 42, menjalani hukuman penjara selama tiga jika gagal melunaskan bayaran denda tersebut.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka dengan niat bersama didakwa cuba menipu seorang pegawai SPRM, Nor Azlizan Mohd Ali, 29, yang berpura-pura sebagai ‘funder’ dan ‘sleeping partner’ Kolej Crew Skills International (M) Sdn Bhd yang menawarkan latihan teori dan praktikal untuk tulang masak pelajar-pelajar luar negara.

Kedua-dua tertuduh didakwa telah cuba memperdayakan mangsa kononnya boleh membantu mendapatkan kelulusan Lesen Pusat Bertauliah dari Jabatan Pembangunan Kemahiran bagi kolej berkenaan.

Tindakan tersebut didakwa telah mendorong Nor Azlizan memberikan kepada kedua-dua tertuduh wang tunai RM10,000 sebagai pendahuluan daripada RM45,000 yang diminta mereka.

Kedua-dua tertuduh melakukan kesalahan itu di kafe sebuah hotel di Jalan Raja Dr Nazrin Shah pada jam 2.47 petang.

Pertuduhan dikemukakan oleh Pegawai Pendakwa SPRM, M Kathan mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 417 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mereka tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan dikenakan kerana telah insaf dan menyesal atas perbuatan yang dilakukan dan berjanji tidak mengulangi kesalahan sama.

Berdasarkan fakta kes, Pengurus Besar Koleh Crew Skills International (M) Sdn Bhd, Azizi Abidin yang merupakan pengadu dalam kes ini telah berjumpa dengan kedua-dua tertuduh pada jam 11.30 pagi di Restoran Nyonya Roots di Bangsar, Kuala Lumpur, pada 4 Januari lalu.

Kedua-dua tertuduh meminta wang sebanyak RM45,00 daripada Azizi untuk membantunya mendapatkan Lesen Pusat Tauliah bagi kolej berkenaan. Pada hari sama, pengadu telah membuat aduan di SPRM Putrajaya pada jam 5.30 petang.

Susulan itu, satu perangkap telah diadakan dan kedua-dua tertuduh telah ditahan selepas menerima wang pendahuluan sebanyak RM10,000 daripada seorang pegawai SPRM yang berpura-pura sebagai penyumbang dana kolej. - SH

Please Click Ads :)

Related Posts with Thumbnails