What they say

~ Pengunjung yang dihormati,sila ambil masa 3 saat untuk klik iklan yang admin pasang sebagai tanda TERIMA KASIH anda. ~ Dear visitor, please take time 3 seconds to click on the ads that admin install as a sign THANK YOU.

Tuesday, 15 January 2013

Perdaya Lebih 20 Wanita : Kasanova Ditahan !!



GEORGETOWN: Seorang lelaki yang disyaki memperdaya lebih 20 wanita menerusi laman web sosial dan mengaut lebih RM500,000 sejak 2001, akhirnya ditahan polis.

Lelaki berusia 45 tahun itu ditahan di rumah sewanya di Bukit Gambir di sini pada 4 Jan hasil risikan dan maklumat awam, kata Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersial negeri, Asisten Komisioner Roslee Chik.
Beliau berkata lelaki penganggur itu dikatakan menyamar sebagai doktor dan memperdaya wanita di beberapa negeri menerusi laman web sosial dengan menabur janji manis untuk mengahwini mereka.


"Mangsa kebanyakannya bekerja sebagai guru, jururawat dan sektor perkilangan serta berstatus bujang. Suspek biasanya akan menyakinkan mangsa dan turut bertemu ahli keluarga wanita berkenaan untuk berbincang mengenai majlis perkahwinan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata selepas mendapat kepercayaan keluarga mangsa, lelaki itu memberi alasan kesempitan wang untuk mengadakan majlis perkahwinan dan memujuk mangsanya menyerahkan wang tunai, barang kemas sebelum menghilangkan diri.

"Ada juga mangsa yang sanggup membuat pinjaman bank dan menyerahkan kereta kepada lelaki itu. Kami minta wanita yang pernah berkenalan dan ditipu individu yang menggunakan nama Dr Shiva Nair, Dr Ragunathan dan Keeran Raj datang ke balai polis untuk membantu siasatan," katanya.

Beliau berkata hasil kegiatan selama lebih 10 tahun, lelaki yang telah berkeluarga dan mempunyai dua anak itu hidup mewah dan mampu menyewa rumah teres berharga RM1,800 sebulan.
Hasil serbuan di rumah suspek, polis menemui pelbagai jenis barang kemas bernilai hampir RM30,000, 49.40 gram logam dipercayai emas lebur, resit gadaian emas, jaket berlambang kementerian kesihatan, slip transaksi bank, tiga telefon bimbit dan lima kad sim.

Roslee berkata suspek yang berasal dari Taiping Perak dan mempunyai enam rekod jenayah lampau membabitkan kes penipuan itu juga didapati menggunakan nombor pendaftaran kenderaan palsu dan sering menukar nombor telefon bimbitnya. - BERNAMA

Sumber

Please Click Ads :)

Related Posts with Thumbnails