What they say

~ Pengunjung yang dihormati,sila ambil masa 3 saat untuk klik iklan yang admin pasang sebagai tanda TERIMA KASIH anda. ~ Dear visitor, please take time 3 seconds to click on the ads that admin install as a sign THANK YOU.

Friday, 18 January 2013

Sukan : FAM ‘import’ pemain Jepun


Subahan (kiri) bersama Datuk Faisal Abdullah (dua dari kiri) menyambut ketibaan Sheang Tsung ( dua dari kanan) dan wakil  kelab Shanghai Shenhua , Cheng Liang (kanan) di KLIA, Sepang, petang tadi.
Subahan (kiri) bersama Datuk Faisal Abdullah (dua dari kiri) menyambut ketibaan Sheang Tsung ( dua dari kanan) dan wakil kelab Shanghai Shenhua , Cheng Liang (kanan) di KLIA, Sepang, petang tadi.
 
Sheang Tsung anak Malaysia lahir di Jepun, sarung jersi Harimau A

Kuala Lumpur: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengorak langkah awal menjejak warga Malaysia di luar negara untuk menyarung jersi Harimau Malaya apabila ‘membawa pulang’ Tam Sheang Tsung, bintang muda kelab China, Shanghai Shenhua ke tanah air, semalam.

Sheang Tsung yang bakal menjengah usia 18 tahun pada 24 Mei depan adalah pemain tengah kelahiran Tokyo, Jepun tetapi memegang pasport Malaysia.
Ibu bapanya, Tam Yun Tong dan Chin Hui Ang berasal dari Malaysia tetapi membuka restoran Rasa Malaysia Cuisine di Tokyo sejak hampir 20 tahun lalu, di mana Sheah Tsung dilahirkan dan membesar di sana.

Pengurus skuad kebangsaan, Datuk Seri Subahan Kamal merangkap Naib Presiden FAM yang menyambut ketibaan Sheang Tsung di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), petang semalam berkata, pemain berkenaan akan diuji selama seminggu di Wisma FAM, Kelana Jaya bersama skuad Harimau Muda A mulai hari ini.


Serap skuad Harimau


“Dengan usaha yang dibuat oleh FAM dan pengurusan kelabnya, Sheang Tsung akan mengikuti latihan bersama skuad Harimau Muda A kendalian Ong Kim Swee bermula petang esok (hari ini) sambil turut akan dipantau oleh jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal.

“Kita akan nilai terlebih dulu adakah dia memang sesuai untuk bersama kita dan jika semuanya berjalan lancar, dia mungkin akan terus diserapkan bersama skuad Harimau Muda A bagi membolehkannya menyarung jersi skuad kebangsaan,” kata ubahan ketika dihubungi, petang semalam.
Sheang Tsung memulakan kerjaya bersama skuad B-15 Yokohama FC biarpun ketika itu baru berusia 13 tahun. Setahun kemudian, dia menyertai kelab Brazil, Sao Bernardo kerana ditawarkan latihan intensif bersama skuad B-20 kelab itu.

Kemudian Sheang Tsung kembali mewakili skuad remaja Yokohama FC dan pada Mac 2011, dihantar pula selama tiga bulan ke Cardiff City sebelum kembali ke Jepun untuk menyertai akademi Sagan Tosu dan akhirnya ditandatangani Shenhua pada 24 Mei 2012.

Sumber

Please Click Ads :)

Related Posts with Thumbnails