What they say

~ Pengunjung yang dihormati,sila ambil masa 3 saat untuk klik iklan yang admin pasang sebagai tanda TERIMA KASIH anda. ~ Dear visitor, please take time 3 seconds to click on the ads that admin install as a sign THANK YOU.

Wednesday 6 February 2013

Rambo Bentong : Kena Penjara 115 Tahun









Rabidin mengaku salah atas empat pertuduhan rogol serta satu tuduhan melakukan seks luar tabii di Mahkamah Sesyen Raub, semalam. - Foto MUSTAFFA KAMAL
Rabidin mengaku salah atas empat pertuduhan rogol serta satu tuduhan melakukan seks luar tabii di Mahkamah Sesyen Raub, semalam. - Foto MUSTAFFA KAMAL
 
Raub: Seorang lelaki yang digelar Rambo Bentong dihukum penjara 115 tahun dan 50 sebatan selepas mengaku bersalah terhadap empat tuduhan rogol serta seks luar tabii di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.

Tertuduh, Rabidin Satir, 42, dari Tambunan, Sabah dituduh melakukan kesalahan itu terhadap dua kanak-kanak dan dua remaja perempuan antara 2009 dan 2011.



Tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu di depan Hakim Murtazadi Amran.

Rabidin turut dituduh merogol remaja 17 tahun di sebuah rumah di Jalan Kuala Lumpur-Bentong, antara jam 1 pagi dan 3 pagi 21 Jun 2010, diikuti tuduhan merogol seorang kanak-kanak berusia lapan tahun dua bulan di tepi sungai dekat sini antara jam 12.30 tengah malam dan 1.30 pagi 29 April 2011.

Bagi semua tuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan sebat jika sabit kesalahan.

Rabidin juga dituduh melakukan seks luar tabii terhadap mangsa keempat, seorang remaja berusia 16 tahun lima bulan di Ketari, di sini, antara jam 1 pagi dan 2.30 pagi 12 Oktober 2011.
Sehubungan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 377(c) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Murtazadi dalam penghakimannya berkata, perbuatan tertuduh amat tidak berperikemanusiaan apatah lagi mangsa masih muda dan bawah umur.

Tertuduh bukan saja perlu meminta maaf kepada mahkamah dan polis malah kepada mangsa dan keluarga mereka.

Saya harap tertuduh menyesal dengan perbuatannya dan memohon maaf keampunan Tuhan, katanya.

Beliau menjatuhkan hukuman 25 tahun penjara dan 10 sebatan terhadap setiap pertuduhan membabitkan jenayah rogol manakala hukuman penjara 15 tahun dan 10 sebatan bagi pertuduhan melakukan seks luar tabii.

Terdahulu, tertuduh dalam rayuannya memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan atas alasan dalam keadaan mabuk dan tidak sedar ketika melakukan kesalahan itu.

Timbalan Pendakwa Raya, Atiqah Liyana Shahrir pula memohon mahkamah mengenakan hukuman maksimum terhadap tertuduh kerana ia kesalahan serius dan membabitkan kanak-kanak.

Sumber

Please Click Ads :)

Related Posts with Thumbnails