What they say

~ Pengunjung yang dihormati,sila ambil masa 3 saat untuk klik iklan yang admin pasang sebagai tanda TERIMA KASIH anda. ~ Dear visitor, please take time 3 seconds to click on the ads that admin install as a sign THANK YOU.

Wednesday 9 January 2013

Amaran Ribut Sonamu Dihentikan



Kuala Lumpur: Penduduk di Pantai Timur Semenanjung boleh mula menarik nafas lega selepas Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) menamatkan amaran hujan lebat dan angin kencang Ribut Tropika Sonamu, malam kelmarin.
Perkara itu disahkan JMM sekali lagi menerusi portal rasminya secara berperingkat bermula jam 8 pagi hingga 12.41 tengah hari semalam.

Menurut jurucakapnya, satu Lekukan Tropika dikesan pada latitud 6.0 utara dan longitud 108.0 timur pada jam 8 pagi semalam dengan jarak kira-kira 526 kilometer ke Timur Laut Dungun.
“Begitupun pergerakan itu disahkan semakin lemah,” katanya.

Berikutan itu JMM menamatkan amaran dikeluarkan sejak beberapa hari lalu, namun orang awam masih dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada.

Sumber

Please Click Ads :)

Related Posts with Thumbnails