Pages
What they say
List Carian Download
Sunday 13 January 2013
Syak Virus Selesema Burung Senjata Biologi Negara Asing !!
Gambar fail menunjukkan seorang pegawai Korea Selatan memeriksa suhu badan pelancong asing yang memasuki negara itu sama ada bebas daripada selesema burung atau sebaliknya. |
Perisikan Indonesia kaji fenomena selesema burung
Jakarta: Virus baru selesema burung mungkin sejenis senjata biologi yang dicipta negara asing, kata agensi perisikan Indonesia.
“Agensi saya mengikuti fenomena ini sejak permulaan lagi. Kita perlu terus berjaga-jaga kerana perkembangan senjata biologi global pantas. Pada masa depan, serangan biologi seperti ini akan digunakan dalam peperangan," Marciano Norman, Ketua Agensi Perisikan Kebangsaan
“Agensi saya mengikuti fenomena ini sejak permulaan lagi. Kita perlu terus berjaga-jaga kerana perkembangan senjata biologi global pantas.
“Pada masa depan, serangan biologi seperti ini akan digunakan dalam peperangan,” kata ketua Agensi Perisikan Kebangsaan (BIN), Leftenen Jeneral Marciano Norman.
Pada masa sama, siasatan pihak berkenaan belum menemui sebarang bukti bahawa wabak jangkitan selesema burung terbaru di beberapa tempat di Indonesia adalah sejenis serangan biologi oleh negara asing, katanya lagi.
“Kami terus mengikuti perkembangan semasa. Kami tidak boleh buat kesimpulan tanpa bukti kukuh.
“Kami minta agensi berkaitan yang ada kemahiran dalam perkara itu untuk memeriksa lebih mendalam virus berkenaan dan kami akan memberi sokongan,” katanya lagi.
Pasukan menyiasat
Menteri Hal Ehwal Politik, Undang-Undang dan Keselamatan, Djoko Suyanto bersetuju dengan pandangan Marciano.
“Sejak ada dakwaan itu, kami sudah membentuk satu pasukan untuk menyiasat. Ia membabitkan anggota BIN dan Kementerian Kesihatan,” katanya.
Djoko bersetuju bahawa virus itu mungkin dihasilkan oleh pihak yang ada kepentingan tertentu.
“Dakwaan mengenainya satu perkara yang menyebabkan kami terus berjaga-jaga kemungkinan ia benar,” katanya.
Kerajaan pusat juga meminta pihak berkuasa wilayah supaya mengambil langkah untuk menjangka kemunculan virus baru yang dirujuk sebagai ‘H5N1 clade 2.3.2.’. - AGENSI
INFO: Selsema burung
- Pihak pentadbiran wilayah Jawa Tengah merekodkan kematian hampir 200,000 itik di 28 daerah dan bandar sejak Setember 2012
- Lebih 6,000 itik dijangkiti virus di bahagian selatan, tengah dan timur Lampung.
- Di Payakumbuh, Sumatera Barat, 2,000 ekor itik mati pada Disember 2012, manakala di Sidenreng Rappang, Sulawesi Selatan, 25,500 burung mati sejak Disember
Sumber