Pages
What they say
List Carian Download
Tuesday 8 January 2013
Ribut Sonamu Menghala Ke Sarawak
Ribut Tropika Sonamu kini dijangka menuju ke Sarawak
Mengikut Jabatan Metereologi
Malaysia, Tropical Sonamu yang sekarang ini berada 500km jauhnya dari
pantai Dungun Terengganu dikatakan dalam keadaan “pegun” . Pusat
kajian cuaca antarabangsa pula meramalkan Tropical Storm Sonamu akan
menuju ke Sarawak dengan kelajuan 64 km/h . Sonamu yang sebelum ini
sudah turun tahap di bawah kelajuan 63 km/h kini sudah meningkat kembali
kepada ribut dgn kelajuan melebihi 64 km/h – 118 km/h.
Ia dijangka akan mulai perlahan
apabila sampai di daratan Sarawak hari ini . Walau bagaimanapun ini
hanyalah Ramalan dan kemungkinan untuk ia berpusing kembali ke arah
Terengganu masih ada.
Amaran Jabatan Metereologi
Di keluarkan pada 08:57AM 08 Januari 2013
Peringkat : Lekukan Tropika
Masa Pencerapan : 8:00 pagi, 8 Januari 2013.
Kedudukan : Latitud 6.0 Utara; Longitud 108.0 Timur; kira-kira 555 km ke Tenggara Ho Chi Minh City, Vietnam.
Pergerakan : Hampir pegun.
Jarak dari Bandar terdekat : Kira-kira 526 km ke Timur Laut Dungun, Terengganu.
Source: Jabatan Metereologi Malaysia, TropicalStormRisk.com
Kemaskini berkaitan Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora ( Kategori Kedua)
* Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Sarawak(Rejang, Mukah, Bintulu & Miri), WP Labuan, Sabah(Pedalaman, Pantai Barat & Kudat) & Reef South dijangka berterusan sehingga Jumaat, 11 Januari 2013.