What they say

~ Pengunjung yang dihormati,sila ambil masa 3 saat untuk klik iklan yang admin pasang sebagai tanda TERIMA KASIH anda. ~ Dear visitor, please take time 3 seconds to click on the ads that admin install as a sign THANK YOU.

Saturday, 22 December 2012

15 Virus Komputer Paling Merbahaya Di Dunia



KOMPAS.com - Syarikat keselamatan komputer Kaspersky Lab, dalam ulang tahunnya yang ke-15, mengingatkan kembali mengenai 15 virus komputer paling berbahaya dan kompleks yang telah menyerang rangkaian komputer di dunia.Ini 15 virus berbahaya paling berpengaruh dalam sejarah, sebagaimana disampaikan Kaspersky dalam siarannya, Selasa (17/7/2012):

    
1986, Brain, virus PC yang pertama muncul: virus ini menyebar dengan menuliskan kodenya pada boot sector atau floppy disk.
    
1988, worm Morris menjangkiti sekitar 10 peratus komputer yang disambungkan ke internet (sekitar 6,000 komputer).
    
1992, Michelangelo, virus pertama yang menarik perhatian media secara masif.
    
1995, Concept, virus makro pertama.
    
1999, Melissa, memulakan era e-mel massa malware yang mengakibatkan epidemik global.
    
2003, Slammer, worm fileless * tanpa file), mengakibatkan epidemik masif di seluruh dunia.
    
2004, cabir: Proof-of-Concept for Symbian yang pertama; disebarkan melalui Bluetooth.
    
2006, Leap, virus pertama Mac OSX
    
2007, Worm Storm [Zhelatin] mempelopori penggunaan distributed C & C server.
    
2008, Koobface, malware pertama yang menjadikan Facebook sebagai sasarannya.
    
2008, Conficker, salah satu epidemik yang terbesar dalam sejarah, menjangkiti syarikat, pengguna rumahan dan kerajaan di lebih dari 200 negara.
    
2010, FakePlayer, Trojan SMS pada Android.
    
2010, Stuxnet, serangan disasarkan pada sistem SCADA [Supervisory Control and Data Acquisition]; menandakan munculnya era perang cyber
    
2011, Duqu, Trojan canggih yang mengumpulkan perisikan mengenai sasarannya
    
2012, Flame, program berbahaya sangat canggih yang secara aktif digunakan sebagai senjata cyber untuk menyerang entiti di beberapa negara.



Kaspersky Lab ditubuhkan di bawah kepemimpinan Eugene Kaspersky dan co-founder. Bermula dari hanya 20 pekerja pada tahun 1997, Kaspersky Lab berkembang menjadi syarikat keselamatan persendirian terbesar dunia, dengan lebih dari 2.400 pekerja di sekitar 200 negara di seluruh dunia.Kaspersky Lab membangunkan kandungan keselamatan dan penyelesaian pengurusan ancaman, menyediakan keselamatan IT untuk lebih daripada 300 juta pengguna di seluruh dunia, termasuk lebih daripada 200,000 syarikat.Dengan tahap kepakaran pasukannya, Kaspersky Lab mendakwa baru-baru ini berjaya merungkai beberapa malware paling kompleks yang pernah ada di dunia, seperti cabir, Duqu, dan yang paling terkenal, malware Flame."Lima belas tahun adalah masa yang lama untuk berada dalam perniagaan yang sama. Namun, percaya atau tidak, saya masih menyukainya. Saya cinta pasukan ini dan saya cinta pekerjaan saya.""Dalam 15 tahun terakhir kami bekerja sepanjang masa setiap hari, menganalisis dan menghadapi segala jenis ancaman IT yang telah berubah dalam tempoh masa tersebut mulai dari hooliganisme cyber, penjahat cyber, sampai ke perang cyber."Yang paling penting saat ini adalah bekerjasama menghadapi ancaman digital. Serangan terkini seperti Stuxnet, Duqu, dan Flame telah menunjukkan seberapa rapuhnya infrastruktur IT terhadap ancaman tentera dan pengganas.""Namun, kami berusaha sedaya upaya kami demi mencegah potensi kerosakan yang boleh berlaku akibat dari serangan seperti ini," ujar Eugene Kaspersky, CEO dan co-founder Kaspersky Lab.




P/s : Jangan hanya tertumpu pada virus digital,virus yang membawa wabak penyakit juga harus kita beri perhatian..Moralnya,jagalah kebersihan dan kesihatan diri dan perisian anda..hihi




Please Click Ads :)

Related Posts with Thumbnails