Pages
What they say
List Carian Download
Saturday, 29 December 2012
Janji Dan Sumpah Iblis Terhadap Wanita
* Wanita wajib baca artikel ni Hihi...
Iblis laknatullah membisikkan kepada 
para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya 
dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.
Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.
Bagaimanakah caranya?
1. Membuka Bahagian Tangan
Kebiasaannya telapak tangan sudah 
terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit 
peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak 
tangan).
“Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang.”Begitu bisikan syaitan.
Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.
Maka syaitan berbisik, “Hah,tak apa-apa kan?”
2. Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.
“Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, 
maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka 
bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, 
hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang 
pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka.”
Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru 
yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran 
hingga fesyen berbentuk “V”.
3. Berpakaian tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, “Pakaianmu hanya 
begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang 
agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik
 dipandang.”
Maka tergodalah si wanita. “Mungkin 
tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan 
dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin,” begitu 
syaitan menokok-nambah.
Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat ‘ariyat (berpakaian tapi telanjang).
4. Agak Terbuka Sedikit
Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.
“Pakaian seperti ini membuat susah 
berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut 
atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa.”
Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang
 benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau 
mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki 
kenderaan.
5. Tudung Semakin Kecil
Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih “power”.
Tujuannya adalah agar para wanita 
menampakkan bahagian auratnya. “Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai 
baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang 
kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap 
akan menamakannya tudung.”
6. Terdedah
Si wanita ternyata selesa dengan fesyen 
baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi. 
“Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan.
 Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh 
mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih 
menawan.”
Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.
7. Membuka Seluruh
Syaitan kembali berbisik, “Kalau langkah
 kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih 
menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? 
Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti
 kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut”
Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya.
Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.
Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama?
Namun bisikan syaitan menyahut, “Ah, 
jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu 
hanya mengikut arus fesyen masa kini.”
“Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?” hati si wanita curiga.
“Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat 
bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau
 wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama
 suka?” syaitan menghasut.
Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan.
Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu.
Hingga pada suatu ketika nanti akan 
muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, 
di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah 
dada!!!
Ingatlah, syaitan laknatullah hanya 
pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat,
 janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan 
racun yang mematikan! Nauzubillah…

 
