Pages
What they say
List Carian Download
Saturday, 29 December 2012
Facebook Sedang Menguji Paparan Timeline Baru Serta Fungsi Drag Drop Gambar
Laman sosial terbesar di dunia iaitu 
Facebook kini sedang giat mencuba rekaan terbaru terhadap Timeline 
pengguna. Perkara ini telah disahkan oleh pihak Facebook sendiri melalui
 laman web Inside Facebook dan ABCNews.
|  | 
| 
Gambar oleh ABCNews | 
Buat masa ini perubahan terhadap reka 
bentuk terbaru itu hanya boleh dikesan oleh sesetengah pengguna yang 
terpilih sahaja kerana ia masih dalam tempoh percubaan oleh Facebook. 
Perubahan tersebut adalah untuk memudahkan lagi pengguna menggunakan 
laman sosial mereka. Menurut ABC News, antara perubahan rekabentuk baru 
yang dikesan mereka ialah penambahan tab pada timeline, yang membolehkan
 pengguna untuk memilih pautan rakan, gambar dan halaman mengenai 
seseorang dengan mudah.
Di samping itu, Facebook telah 
mengubah paparan kemaskini di sebelah kiri dan maklumat rakan dan foto 
di sebelah kanan berbanding paparan sedia ada yang memaparkan di dalam 
dua lajur

 
 
Menurut laman Facebook Inside pula, 
antara perubahan baru yang dilakukan oleh Facebook ialah fungsi “drag 
and drop” yag membolehkan pengguna menarik dan melepaskan foto ke dalam 
kotak kemaskini status (update status) mereka bagi memuat naik gambar 
dengan mudah berbanding kaedah sedia ada. Di samping itu, pengguna juga 
boleh memuat naik lebih dari 1 foto dalam 1 masa.
 
