Lawak!! Perlawanan Bola Sepak Terhenti Gara-Gara Penjaga Gol Pergi Tandas
Bagi anda yang minat menonton acara sukan bola sepak, adegan pemain
meninggalkan padang secara tiba-tiba mungkin jarang berlaku..Namun,
seorang penjaga gol dalam perlawanan Liga Kuwait terpaksa melakukannya
gara-gara tidak tahan untuk ke tandas.
Kejadian luar biasa dalam acara sukan bola sepak ini berlaku dalam
liga bola sepak tempatan di Kuwait semasa pertemuan antara pasukan Al
Sulaibikhat dan Al Kuwait, di mana penjaga gol dari pasukan Al
Sulaibikhat berlari ke luar padang kerana tidak tahan untuk ke tandas
dan secara langsung meminta izin pengadil untuk ke tandas. Secara
automatik, pertandingan terpaksa terhenti sekitar 3 minit bagi menunggu
si penjaga gol pulang dalam perlawanan. Kejadian ini merupakan kejadian
yang pertama kali berlaku dalam acara sukan bola sepak di dunia.
Lihat video di bawah ni
Selepas kejadian unik tersebut, hasil pertandingan itu memberi kejuaraan kepada Al Kuwait dengan jarigan 5-1.