Pages
What they say
List Carian Download
Tuesday, 1 January 2013
Rozaimi Abd Rahman - Tersenarai 10 Pemain Terbaik ASIA !
Tahniah..! Itu yang admin boleh ungkapkan kepada pemain bola sepak kelahiran Sabah yang berjaya mengharumkan nama Malaysia ke peringkat antarabangsa dengan diangkat diantara 10 pemain terbaik Asia melalui saluran penyiaran Antarabangsa ESPN..!
Bagi Admin,walaupun tidak terpilih pada kejohanan Piala Aff Suzuki baru-baru ini akibat pemilihan Raja Gopal yang hanya bersandar pada pemain pilihan "kesayangan" beliau,tetapi Rozaimi tetap menjadi pilihan untuk bergelar 10 pemain terbaik Asia..Woohh.. Tahniah admin ucapkan,semoga dengan pengiktirafan ini menaikkan lagi semangat Rozaimi untuk bermain lebih cemerlang untuk Harimau Muda A dan terpilih pada kejohanan kelayakan Piala Asia 2015 nanti.. Jom kita sama-sama baca petikan akhbar dibawah ini :)
Rozaimi akan menyertai latihan bersama skuad Harimau Muda A bagi misi mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Myanmar tahun ini. |
Anugerah pemain terbaik Asia bakar semangat Rozaimi
Kota Kinabalu: "Pengiktirafan ini adalah untuk Sabah," kata penyerang Harimau Muda A kelahiran Sabah, Rozaimi Abd Rahman yang diangkat antara 10 pemain terbaik Asia 2012 oleh saluran sukan antarabangsa, ESPN.
Anak muda berusia 20 tahun dari Bongawan itu mengakui terkejut apabila namanya terpilih antara 10 pemain terbaik Asia bersama bintang Manchester United dari Jepun, Shinji Kagawa.
Kota Kinabalu: "Pengiktirafan ini adalah untuk Sabah," kata penyerang Harimau Muda A kelahiran Sabah, Rozaimi Abd Rahman yang diangkat antara 10 pemain terbaik Asia 2012 oleh saluran sukan antarabangsa, ESPN.
Anak muda berusia 20 tahun dari Bongawan itu mengakui terkejut apabila namanya terpilih antara 10 pemain terbaik Asia bersama bintang Manchester United dari Jepun, Shinji Kagawa.
"Mungkin kerana aksi itulah saya dipilih ESPN, bagi saya ramai lagi yang layak seperti kapten kebangsaan, Safiq Rahim selain Safee Sali dan Wan Zack Haikal. Namun, mungkin nasib lebih menyebelahi saya," katanya ketika dihubungi BH di sini, semalam.
Rozaimi kini bercuti di Kota Kinabalu bersama keluarga sebelum menyertai latihan bersama skuad Harimau Muda A kendalian jurulatih, Ong Kim Swee bagi misi mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Myanmar tahun ini.
Anugerah kedua
Bekas pemain pinjaman Selangor dalam Piala Malaysia 2012 itu mengakui anugerah yang diterimanya itu mampu menjadi pemangkin terbaik untuknya bekerja keras bagi meningkatkan lagi prestasi sekali gus terus mengharumkan nama Sabah dan Malaysia.
"Memang inilah yang saya mahu lakukan seperti Matlan Marjan yang menjadi idola saya. Dulu dia pun mengharumkan nama Sabah dan Malaysia dengan menjaringkan dua gol ketika menentang England.
"Saya berharap pengiktirafan ini menjadi pendorong untuk beraksi dengan lebih cemerlang terutama untuk Sabah jika disenaraikan kembali tahun depan," katanya.
Selain Rozaimi dan Kagawa, senarai 10 pemain terbaik Asia oleh ESPN turut membabitkan Omar Abdulrahman (UAE), Koo Ja Cheol dan Lee Keun Ho (Korea Selatan), Bambang Pamungkas (Indonesia), Yuto Nagatomo (Jepun), Teerasil Dangda (Thailand), Amjad Radhi (Iraq) dan Ali Al Habsi (Oman).
Ini adalah pengiktirafan kedua diterima Rozaimi selepas anugerah Pemain Harapan Liga Malaysia, Oktober lalu.