Pages
What they say
List Carian Download
Wednesday, 2 January 2013
Mutakhir Tiada had harga pembelian telefon pintar guna rebat RM200
Sekadar Hiasan |
KUALA LUMPUR: Jemaah Menteri sudah bersetuju supaya belia berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan RM3,000 ke bawah boleh membeli apa jua jenis telefon pintar dengan rebat RM200 yang diumumkan kerajaan.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan di sini, berkata perkara itu diumumkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementerian terbabit hari ini.
Menurut kenyataan itu, pelaksanaan skim terbabit ialah atas prinsip 'siapa cepat dia dapat'.
Tujuh syarikat telekomunikasi yang melaksanakan skim PKB di bawah koordinasi SKMM adalah Celcom, Clixster, DiGi, Maxis, Tune Talk, U Mobile dan YTL Communications.
SKMM memperjelaskan bahawa semua pihak yang terbabit dalam pelaksanaan PKB sama ada penjual atau peruncit dikenakan syarat harga patut.
Dalam kenyataan terdahulu, SKMM memaklumkan hampir 5,500 belia yang layak sudah mendaftar untuk mendapatkan rebat itu selepas pendaftarannya dibuka semalam.
SKMM turut menasihati belia yang sudah berdaftar untuk membuat pilihan dengan bijak serta meninjau pasaran terlebih dahulu sebelum membeli peranti pilihan berdasarkan tahap kemampuan masing-masing.
Pendaftaran di bawah PKB boleh dilakukan secara online dari jam 7 pagi hingga 11 malam di laman sesawang komunikasibelia.skmm.gov.my.
Orang ramai boleh menghubungi hotline SKMM di 1800-88-4040 dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum jika terdapat sebarang pertanyaan. - BERNAMA
Sumber