What they say

~ Pengunjung yang dihormati,sila ambil masa 3 saat untuk klik iklan yang admin pasang sebagai tanda TERIMA KASIH anda. ~ Dear visitor, please take time 3 seconds to click on the ads that admin install as a sign THANK YOU.

Friday, 18 January 2013

Budak 17 Tahun Larikan Budak 11 Tahun !


Teratai dan Muhamad Shahril
HULU SELANGOR: Seorang budak perempuan berusia 11 tahun yang dipercayai dilarikan kekasihnya ketika sedang menjamu selera bersama datuk dan neneknya di sebuah medan selera di pasar raya Tesco dekat Bukit Sentosa di sini Sabtu lalu masih belum lagi ditemui.

Teratai Kamilia Mohd. Hafiza, 11, dipercayai dilarikan oleh kekasihnya yang dikenali sebagai Muhamad Shahril Imran Muhd. Mudrika, 17, pada pukul 2.30 petang.

Mengikut maklumat keluarga mangsa, Teratai sebelum ini pernah menghilangkan diri selama sehari bersama lelaki sama tetapi pulang semula ke rumah selepas dipujuk oleh keluarganya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Zulkepli Bedin berkata, budak perempuan dan kekasihnya itu didakwa mengenali satu sama lain ketika bermain satu permainan atas talian kira-kira tiga bulan lalu.

Bagaimanapun, menurut beliau, apabila hubungan mangsa dan kekasihnya yang tinggal di Kota Warisan, Sepang diketahui keluarga mangsa, keluarga budak perempuan itu melarang mangsa berjumpa kekasihnya itu.

Dalam tempoh perhubungan itu, kekasih Teratai didakwa pernah menghantar sebentuk cincin kepada mangsa dengan hasrat untuk mengikat tali pertunangan dan seterusnya menjalinkan hubungan yang lebih serius.

Zulkepli berkata, berikutan hubungan cinta yang semakin sukar disekat, mangsa yang sebelum ini tinggal bersama keluarganya di Taman Permata, Ulu Kelang dihantar untuk tinggal di rumah datuk dan neneknya di Taman Bukit Sentosa di sini pada awal bulan ini.

"Bagaimanapun, pada Sabtu lalu, mangsa hilang dipercayai dibawa lari oleh kekasihnya berdasarkan televisyen kamera litar tertutup (CCTV) di pasar raya berkenaan," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Kata beliau, melalui CCTV itu, Teratai dilihat mengekori suspek dan masing-masing dilihat meninggalkan medan selera pasar raya itu pada masa sama tetapi melalui pintu berlainan.

Polis sudah mencari remaja lelaki itu di rumahnya di Sepang namun remaja itu sudah tidak pulang ke rumah sejak Sabtu lalu. Keluarga kepada remaja lelaki itu juga mengetahui mengenai hubungan cinta anak mereka tetapi tidak berdaya menyekat hasrat anaknya.

Mengulas lanjut, Zulkepli berkata, siasatan medapati kali terakhir pelajar Sekolah Kebangsaan Taman Permata, Kuala Lumpur itu dilihat berkeliaran di Tampoi, Johor.

Bagaimanapun, gerakan mengesan pasangan remaja itu selepas mendapat maklumat belum berhasil menemui pasangan itu.

Sumber
 
 

Please Click Ads :)

Related Posts with Thumbnails