What they say

~ Pengunjung yang dihormati,sila ambil masa 3 saat untuk klik iklan yang admin pasang sebagai tanda TERIMA KASIH anda. ~ Dear visitor, please take time 3 seconds to click on the ads that admin install as a sign THANK YOU.

Friday, 4 January 2013

5 suspek kes rogol wanita India didakwa di mahkamah


NEW DELHI: Lima lelaki yang dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan merogol pelajar wanita secara berkumpulan dalam sebuah bas yang sedang bergerak di New Delhi hari ini didakwa atas tuduhan membunuh, rogol dan jenayah lain yang boleh membawa kepada hukuman mati.

Serangan ke atas wanita berusia 23 tahun itu mengakibatkan mangsa meninggal dunia selepas mengalami kecederaan dalaman yang teruk, hujung minggu lalu.
Ia menimbulkan perdebatan hangat di seluruh dunia mengenai penganiayaan ke atas wanita dan mencetuskan bantahan setiap hari bagi menuntut tindakan sewajarnya.


Terdapat beberapa perubahan sejak serangan itu. Jenayah rogol yang sering diabaikan menjadi liputan di muka depan akhbar menyebabkan ahli politik terpaksa menguatkuasakan undang-undang termasuk menjatuhkan hukuman mati dan suntikan kimia ke atas alat sulit perogol supaya tidak melakukan jenayah yang sama. - AP

 Sumber

Please Click Ads :)

Related Posts with Thumbnails