Pages
What they say
List Carian Download
Wednesday, 2 January 2013
10 Pemain Terbaik ASIA (ESPN)
Sebagai rakyat Malaysia,admin turut merasa bangga kerana pemain kita terpilih dianata 10 terbaik.
Tetapi yang menjadi persoalan admin,orang 'Luar' boleh nampak akan bakat dan bisa permainan Rozaimi,tetapi kenapa tidak orang 'Dalam' tak boleh melihat..? adakah disebabkan 'Pilih Bulu'..?
Diharap Rozaimi dan dan semua pemain Malaysia bermain dengan baik agar dapat terus mengharumkan nama baik Malaysia.
Berikut 10 Pemain Terbaik Asia 2012 - ESPN
10. Ali Al Habsi (Oman and Wigan Athletic)
Ali Al Habsi |
Ali Al Habsi boleh dilabelkan sebagai penjaga go terbaik Asia..
9. Rozaimi Rahman (Malaysia and Harimau Muda)
Rozaimi Abd Rahman bersama Tevez ketika perlawan persahabatan Malaysia VS Manchester City |
Penampilan antarabangsa pertama Rozaimi ketika perlawanan persahabatan menentang Chelsea dan kemudian terus melonjak dengan menjaringkan 10 gol ketika kejohanan Asia U-22.
8. Amjad Radhi (Iraq and Arbil)
Amjad Radhi merupakan penjaring terbanyak kejohanan AFC 2012 |
Penyerang berusia 22 tahun ini begitu berbisa dengan muncul sebagai penjaring terbanyak kejohanan Piala AFC 2012.
7. Teerasil Dangda (Thailand and Muangthong United)
Teerasil Dangda |
Teerasil Dangda begitu menyerlah ketika kejohanan Liga Thailand dan ini dibuktikan dengan persembahan yang menakjubkan dari belaiu dengan menjadi penjaring terbanyak kejohanan Piala AFF Suzuki 2012 dengan menjaringkan 5 gol untuk Thailand.
6. Yuto Nagatomo (Japan and Inter)
Yuto Nagatomo bermain untuk Inter Milan |
Seorang pemain bola sepak yang sangat berkaliber dengan membantu Jepun mengalahkan France ketika kelayakan Piala Dunia pada bulan oktober lalu.
5. Bambang Pamungkas (Indonesia and Persija Jakarta)
Bambang Pamungkas masih berbisa |
Beliau kini bermain bersama Persija Jakarta dan diantara pemain veteran yang sangat disegani di rantau Asia Tenggara.
4. Lee Keun-ho (South Korea and Ulsan Horangi)
Lee Keun-Ho Pemain Terbaik kejohanan AFC Cup 2012 |
Kehebatan pemain ini terbukti dengan membantu pasukannya Ulsan Horangi memenangi Piala AFC 2012 dengan mengalahkan pasukan Al Ahli dari Arab Saudi dengan kemenangan 3-0 seterusnya dipilih sebagai pemain Terbaik Kejohanan.
3. Koo Ja-cheol (South Korea and FC Augsburg)
Koo Ja-Cheol ketika menentang Bayern Munich |
Pemain muda ini beraksi di posisi tengah begitu menyerlah lebih-lebih lagi ketika bermain bersama Fc Augsburg di Bundesliga dan tahun 2013 ini membuatkan dia menjadi lebih matang.
2. Shinji Kagawa (Japan and Manchester United)
Shinji Kagawa menyertai Manchester United dari Borussia Dortmund |
Permainan yang menakjubkan daripada pemain ini membantu Borussia Dortmund memenangi gelaran liga kedua berturut-turut sehingga membawa kepada penghijrahannya ke Manchester United.
1. Omar Abdulrahman (UAE and Al Ain)
Omar Abdulrahman pemain muda berbisa |
Rambut yang berserabut ibarat sarang tebuan tidak menghalang pemain muda berusia 21 tahun ini menjadi pilihan pertama 10 Pemain Terbaik Asia (ESPN). Dengan gaya permainan yang lincah membuatkan banyak pasukan-pasukan gergasi mengintai untuk mendapatkan pemain muda ini. Tahun 2013 merupakan tahun dimana dia akan terus menjadi diantara pemain yang disegani dirantau Asia.
* Diharap dengan pengiktirafan ini membuatkan pemain-pemain bola sepak Malaysia lebih bekerja keras dalam mengharumkan nama baik Malaysia di persada Antarabangsa seterusnya menjadi pemain yang sebaris dengan pemain-pemain terbaik Dunia yang lain.