Pages
What they say
List Carian Download
Friday, 28 December 2012
Bekas Penyanyi Ruffedge Didakwa Rogol Anak Tiri
Siapa Bekas penyanyi ruffedge rogol anak tiri?
AMPANG – Seorang bekas anggota kumpulan Ruffedge hari ini didakwa merogol anak tirinya berumur 14 tahun, Februari lalu.
Lelaki berusia 37 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah apabila tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Roszianayati Ahmad.
Dia yang memakai baju kemeja-T berwarna biru didakwa melakukan perbuatan berkenaan di sebuah rumah di Taman Gombak Jaya, jam 9 pagi pada 9 Februari lalu.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(d) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat, jika disabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Dalina Ali tidak menawarkan jaminan atas alasan tertuduh mempunyai hubungan kekeluargaan dengan mangsa.
Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar diberi jaminan kerana dia perlu menyara kedua anak kandungnya.
Roszianayati kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin.
Mahkamah turut mengenakan syarat tambahan iaitu tertuduh tidak boleh tinggal serumah dengan mangsa dan tidak mengganggu mangsa.
“Tertuduh juga diarah melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali dan menyerahkan pasport kepada mahkamah,” katanya.
Mahkamah menetapkan 25 Januari depan sebagai sebutan semula kes.
Pertama sekali kami tidak akan
memberitahu siapa suspek yang dikatakan, kerana suspek itu tidak boleh
dinamakan bagi melindungi kanak-kanak mangsa rogol yang mengadu.
Beberapa Bulan lalu kita mendapat
berita tentang seorang anggota kumpulan Hip Hop dan R&B yang
dilaporkan kepada polis oleh anak tiri beliau yang berusia 14 tahun
telah merogolnya sejak berusia tujuh tahun pada pukul 11 malam, Februari
2012. Suspek yang berusia 37 tahun yang dikatakan juga pernah berlakon
dalam sebuah filem, telah ditangkap di rumahnya di Gombak Jaya, Kuala
Lumpur pada pukul dua pagi hari berikutnya.
Sehubungan itu ramai pihak yang telah
membuat spekulasi siapa suspek tersebut. Mangsa dikatakan membuat
laporan kerana sudah tidak tahan dijadikan hamba seks oleh bapa tirinya,
di samping bimbangkan keselamatan adik perempuannya yang lain.
Ibu kepada mangsa rogol itu telah muncul
dalam rancangan sensasi Melodi terbitan TV3, melalui segmen Panas,
menerangkan keadaan bagi pihaknya.
Ibu mangsa yang tidak dapat mengawal
kesedihan semasa diwawancara oleh Dalili Michelle, mendakwa dia tidak
tahu yang anaknya itu dirogol walaupun dia sering bertanya kepada
anaknya. Memetik kata beliau melalui rancangan Melodi, anaknya itu
sebelum ini memberikan alasan disepak kawan atau terjatuh tangga apabila
ditanya mengenai lebam-lebam di bahagian badannya dan anaknya itu juga
sering mengenakan berlapis-lapis pakaian.
Oleh sebab itu dia amat terkejut apabila
dihubungi polis, dan diberitahu yang anaknya itu telah melaporkan yang
dia telah dirogol oleh bapa tirinya sejak berusia tujuh tahun, dengan
kejadian terakhir berlaku pada 9 Februari.
Beliau berkata pada waktu dia dipanggil
polis, dia sedang bekerja. Setelah sampai ke balai polis, dia melalui
beberapa prosedur dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan rogol
lama dan baru pada anaknya. Beliau bertanya kepada anaknya kenapa tidak
beritahu semasa ditanya sebelum ini, anak itu menjawab yang dia tahu
ibunya syak sesuatu, tetapi dia tidak memberitahu kerana tidak mahu
ibunya kecewa, disebabkan suspek ialah suaminya
Ketika ditanya sama ada dia percaya tuduhan terhadap suaminya oleh polis, dia dipetik sebagai berkata:
“Ketika ditanya oleh polis, saya tidak percaya, kerana suami saya nampak sangat alim. Sehingga empat doktor memeriksa anak saya dan memberikan kaunseling, dan terdapat bukti, barulah saya percaya yang suami saya telah merogol anak saya,”.
Dia turut memberitahu yang anaknya telah
menulis deskripsi bagaimana dia dirogol dengan kasar, dan apa yang
menyedihkan ialah ibu mangsa berkata dia berasa kasihan pada anaknya
kerana boleh membayangkan perlakuan tersebut dia juga diperlakukan sama
oleh suaminya.
Turut menambah, kesan terhadap
pendedahan tersebut, dia merasa malu ke mana pun dia pergi. Dia
menceritakan telah pergi ke sekolah untuk memohon cuti buat anaknya,
tetapi semua orang tahu tentang kes tersebut.
“Tuhan saja yang tahu, hancur hati seorang ibu. Tak tahu hendak cakap bagaimana,” katanya lagi.
Tidak cukup dengan itu, ketika dia
pulang dari balai polis untuk membantu kes anaknya, barang-barang milik
dia dan anak-anak telah dibalut dalam plastik sampah dan diletakkan
dalam beg pakaian, sebelum dicampakkan di luar rumah oleh
individu-individu yang tidak dinamakan, yang tidak mempercayai anak itu
dirogol.
Menurutnya, dia memohon agar masa
berpusing kembali supaya apa yang telah terjadi tidak berlaku.Dia turut
berkata dia berbangga anaknya memberitahu tentang perkara ini sekarang.
Suspek itu kini bebas dengan ikat jamin,
tetapi ibu mangsa mendakwa dia tidak dibenarkan menghampiri dia dan
anak-anak atas arahan pihak polis.
Buat masa ini, dia sedang menunggu
keputusan ujian sampel darah yang boleh mengesan perogol anaknya di
samping menyara kehidupan anak-anaknya.
Dia memberitahu dia muncul di Melodi
untuk meminta pengertian masyarakat yang mengkritiknya seolah-olah dia
ibu yang tidak bertanggungjawab. Menurutnya suaminya tidak pernah
memberi nafkah, jadi dia perlu keluar mencari rezeki untuk mencukupkan
keperluan anak-anaknya.
Ibu mangsa turut menceritakan yang
sebelum ini, semasa anaknya masih kecil, anaknya sering diugut oleh
suspek yang dia akan memukulnya sehingga wajahnya tidak dikenali oleh
ibunya sendiri sekiranya memberitahu perlakuannya pada sesiapa. Apabila
suspek sudah remaja, dia berkata pula dia akan menyasarkan adik mangsa
sekiranya mangsa enggan menuruti kehendaknya.
Akhir sekali, dia meminta sesuatu dari masyarakat:-
“Tolonglah, apabila sudah tahu anak saya dirogol, terutamanya cikgu-cikgu yang memberikan senyuman sinis seolah-olah bertanya apa yang saya lakukan sebagai seorang ibu, tolonglah berhenti. Saya pun tidak tahu perkara ini hendak terjadi, tolonglah jangan berikan saya ‘pandangan itu’,”.
*Siapa yang merogol..?? Sepandai-pandai tupai melompat pasti tersungkur di tanah jua hihi...