Pages
What they say
List Carian Download
Friday, 28 December 2012
10 Cara Membasmi Gejala Mat Rempit
10 Cara Membasmi Gejala Mat Rempit
Gejala Mat Rempit atau lebih dikenali sebagai Samseng Jalanan boleh dikatakan sebagai satu gejala negatif yang sukar untuk dibasmikan. Banyak cara yang telah dilaksanakan oleh pihak berkuasa untuk membasmi gejala ini. Dikesempatan ini, aku mencadangkan sepuluh cara yang boleh difikirkan oleh pihak berkuasa untuk membasmi gejala Mat Rempit:
1.
Motorsikal tidak dibenarkan ditunggang melebihi jam 10 malam. Sesiapa
yang mahu menunggang melebihi jam 10 malam perlu mendapat surat akuan
lain daripada pihak berkuasa.
2. Umur kelayakan memperolehi lesen menunggang motosikal perlu ditingkatkan kepada umur 21 tahun.
3.
Sesiapa yang mahu mengambil lesen perlu disahkan oleh pihak berkuasa
tempatan atau Penghulu dan perlu juga mendapatkan penjamin.
4.
Mat Rempit yang telah ditangkap semasa merempit perlu menjalankan
aktiviti khidmat masyarakat seperti membersihkan sungai, pantai dan
sebagainya. Pesalah ini perlu dipakaikan dengan baju berwarna pink.
5. Mat Rempit yang telah disabitkan kesalahan perlu memakai topi keledar berwarna pink selama setahun sebagai percubaan.
6. Mereka juga harus ditempatkan di wad kecemasan hospital untuk ditugaskan sebagai sukarelawan hospital.
7. Mat Rempit yang disabitkan kesalahan juga perlu dilantik sebagai Duta Keinsafan
di sekolah-sekolah menengah yang terpilih. Mereka ini perlu bertindak
memberi nasihat serta motivasi kepada murid-murid di sekolah yang
terpilih itu.
8.
Perlu juga atau diwajibkan menderma darah kepada hospital - hospital
yang memerlukan darah setiap bulan selama dua tahun atau tempoh
percubaan telah tamat.
9.
Dilantik terus sebagai sukarelawan RELA, Palang Merah, Pengakap dan
sebagainya dan perlu dipantau selama setahun oleh ketua badan
sukarelawan berkenaan.
10.
Pihak - pihak stesen TV digalakkan juga menerbitkan rancangan TV
Realiti yang menempatkan Mat - mat Rempit yang terpilih, duduk dalam
satu rumah kaca dan diberikan masa untuk mereka insaf dengan perbuatan
mereka. Pemenang yang dipilih (berdasarkan sms) mukanya akan menjadi
ikon dan diletakkan di papan-papan tanda gergasi di seluruh pelusuk
negara. Tagline nyer SAYA ANTI REMPIT.
P/S : Boleh basmi ke..?? Hihi