What they say

~ Pengunjung yang dihormati,sila ambil masa 3 saat untuk klik iklan yang admin pasang sebagai tanda TERIMA KASIH anda. ~ Dear visitor, please take time 3 seconds to click on the ads that admin install as a sign THANK YOU.

Friday 4 January 2013

Jozan - Johan = Zizan Kesorangan



 Jozan sentiasa memberikan persembahan bertenaga di pentas MLM 2.
 

Kecederaan Johan uji kekuatan Jozan pada minggu kelapan MLM 2

Walau disebut-sebut sebagai pilihan awal untuk membawa pulang wang tunai RM500,000 sebagai juara musim kedua Maharaja Lawak Mega (MLM), kumpulan Jozan yang dianggotai Johan dan Zizan kini berhadapan dengan masalah besar.

Berkemungkinan besar, kumpulan lawak popular itu akan meneruskan perjuangan ke pentas akhir MLM secara berseorangan selepas Johan dimasukkan ke hospital akibat kecederaan ligamen.
Johan yang baru saja selamat menjalani pembedahan pada bahagian lutut pada 29 Disember lalu akibat kecederaan ligamen dan meniscus yang terkoyak dinasihatkan doktor untuk tidak meneruskan pembabitan dalam pertandingan berkenaan buat minggu ini.


Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani, bagaimanapun berkata pihaknya menyerahkan kepada kumpulan itu untuk membuat keputusan sama ada ingin meneruskan atau menarik diri daripada program terbabit memandangkan MLM ialah rancangan realiti bersifat pertandingan bakat.

“Ketika saya melawat Johan, keadaannya semakin positif selepas melalui beberapa sesi fisioterapi. Kami juga tidak menghalang sama ada mereka mahu meneruskan pertandingan ini atau menarik diri. Namun, daripada perbualan saya bersama Zizan, Jozan akan tetap bertanding hingga ke pentas akhir walaupun secara berseorangan.

“Begitupun, saya tidak rasa kesihatan Johan membuatkan Zizan putus semangat. Malah saya yakin Johan akan menyusul selepas diberikan rehat secukupnya dalam masa 10 hari ini.

“Cuma doktor menasihatkannya agar dia tidak melakukan kerja lasak, seperti bermain bola. Rasanya tiada masalah untuk artis komedi itu beraksi di pentas MLM dan meneruskan tugas sebagai penyampai radio,” katanya yang dihubungi Hip, semalam.

Belum boleh rasa selesa


MLM episod ke-8 yang bakal disiarkan secara langsung dari Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu, bermula jam 10 malam ini akan menyaksikan Zizan beraksi berseorangan di bawah nama Jozan.

Meskipun disebut-sebut bakal menjuarai MLM, Zizan tidak sesekali menaruh harapan besar. Namun keajaiban boleh berlaku memandangkan Zizan akan beraksi di hadapan penonton di kampung halamannya sendiri.

“Memanglah jika dilihat kepada undian terkini, kedudukan Jozan antara yang teratas. Tetapi saya tidak pernah berasa selesa, malah lebih sukar untuk mengekalkan kedudukan sebegitu. Apa-apa saja boleh berlaku sekiranya kita khayal dan cuai dengan tanggungjawab kita.

“Perasaan berdebar untuk melakukan persembahan pada minggu ini tetap ada kerana saya berseorangan. Namun saya sudah bersedia dengan idea untuk menghiburkan pengundi yang selama ini sentiasa menyokong Jozan.

“Saya akan tetap meneruskan pertandingan ini dengan apa yang termampu walaupun tanpa Johan. Saya juga memohon maaf terlebih awal kepada pengundi sekiranya gagal memberikan yang terbaik,” katanya. 
 
 Sumber

Please Click Ads :)

Related Posts with Thumbnails