Pages
What they say
List Carian Download
Thursday, 3 January 2013
Johan Rajalawak Selamat Menjalani Pembedahan
Jumaat lalu ketika berlangsungnya 
program lawak terbitan Astro, Maharaja Lawak Mega (MLM) 2012 bagi minggu
 ke-7. Zizan ada memaklumkan gandingannya Johan mengalami kecederaan 
lutut.Jika anda perasan, ketika kumpulan Jozan membuat persembahan, 
Johan dilihat berjalan sedikit terhincut-hincut akibat kecederaan 
lukanya itu.
Dan terbaru, menurut Twitter milik 
Johan, isterinya Ozlyn Wati ada mengemaskini status yang mengatakan 
suaminya telahpun menjalani satu pembedahan pada bahagian lutut di mana 
ligament Johan dikatakan terkoyak.
Difahamkan, kecederaan yang dialami 
pelawak berumur 28 tahun itu adalah berpunca selepas dia bermain futsal 
pada malam sebelum MLM 2012 berlangsung.
Namun, menurut isterinya Johan kini 
selamat menjalani pembedahan dan sedang berehat di hospital. Diharapakan
 Johan dapat sembuh dengan segara dan kembali aktif untuk melawak di 
Johara Pagi ERA dan MLM 2012.
Berikut adalah beberapa keping gambar yang diambil dari Instagram Johan dan isterinya.
 
 




 
