Pages
What they say
List Carian Download
Saturday, 29 December 2012
7 Sikap Wanita Dengan Melihat Cara Berjalan (Mesti Tahu)
1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah
Golongan wanita yang jalannya berginjat,
 wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan 
menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga 
dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini
 biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum 
berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini 
biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.
2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri
Wanita yang berjalan seperti ini 
biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita 
yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan 
merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk 
menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan 
diuruskan.
3. Suka Menunduk
Wanita seperti ini katanya memiliki 
sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang 
rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar 
untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti 
ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya 
menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini 
kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati 
lelaki yang dicintainya.
4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan
Mereka yang berjalan seperti ini 
biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak 
menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah 
dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. 
Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi 
tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang 
yang perpengalaman luas.
5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri
Wanita yang berjalan dengan gaya yang 
sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang 
berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu 
sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan 
memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka 
ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan
 dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.
6. Badan Nampak Tegak
Wanita ini tegas dalam menentukan 
sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. 
Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki 
pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia 
bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi 
lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.
7. Berjalan seperti Zirafah
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, 
badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini 
sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah 
tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit 
sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana 
wanita ini mudah mengalirkan air mata.
Panduan ini bukanlah semata mata hanya 
berguna untuk lelaki tapi boleh jugak di jadikan peringatan kepada 
wanita wanita diluar agar berjalan dengan sopan. Macam biasa, tip ini 
hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah 
berlainan. Sekian. Wallahualam.

 
