Pages
What they say
List Carian Download
Friday, 28 December 2012
10 Filem Paling TOP Yang Menghancurkan Bumi
Apa yang istimewanya,hari bertarikh pada 21 Disember 2012 
(21.12.2012) merupakan tarikh ramalan yang dikatakan akan berlakunya 
kehancuran bumi berdasarkan kiraan kalendar suku kaum Maya 
purba.Bagaimanapun, memetik laporan Harian Metro
 semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir 
Baharom telah mengeluarkan kenyataan bahawa sebagai umat Islam, kita 
seharusnya tidak boleh berpegang kepada sumber internet semata-mata, 
sebaliknya kita perlu merujuk kepada mereka yang lebih arif berkaitan 
perkara tersebut.Secara umumnya, kebanyakan filem-filem masa kini banyak
 yang telah menceritakan tentang kemusnahan Bumi. Terdapat pelbagai 
perspektif hari kiamat yang telah diketengahkan oleh penduduk barat, 
antaranya adalah seperti serangan mahluk asing, perlanggaran objek 
daripada angkasa lepas seperti asteroid serta kewujudan bencana alam.
Oleh itu, disini pihak OHBULAN! telah menyenaraikan 10 filem 
Hollywood yang mengandungi eleman-eleman mengenai kemusnahan Bumi dan 
kesemuanya mempunyai perspektif serta jalan cerita yang lebih kurang 
sama.
Armageddon

Secara umumnya Armageddon merupakan sebuah filem yang menceritakan 
tentang kemusnahan Bumi berpunca daripada kejatuhan meteor daripada 
angkasa lepas. Filem arahan Michael Bay ini turut diselitkan dengan 
kewujudan badan berkuasa seperti National Aeronautics and Space 
Administration (NASA) di mana pihak tersebut telah mengarahkan 
sekumpulan pengerudi profesional untuk pergi ke angkasa lepas dan 
memusnahkan meteor daripada terus melanggar bumi. Meteor tersebut 
dijangkakan akan berlanggar dengan planet Bumi dalam masa 18 hari.
Independence Day 


Independence Day merupakan salah satu filem genre sains fiksyen 
yang mengisahkan tentang kemusnahan Bumi berpunca daripada serangan 
makhluk asing. Menerusi filem ini, terdapat sebuah kapal mahluk asing 
yang besar telah memasuki orbit Bumi.Seorang juruteknik satelit 
rangkaian televisyen di Manhattan telah mendapati adanya signal 
tersembunyi dalam pautan satelit dan ia menunjukkan kononnya 
penghantaran tersebut digunakan oleh makhluk asing untuk menyerang serta
 menawan Bumi.
The Day After Tomorrow


Filem The Day After Tomorrow mengisahkan tentang bencana alam yang 
melibatkan banjir besar. Menerusi filem ini, pihak pengarah turut 
menyelitkan beberapa eleman bencana alam seperti hujan, angin taufan 
serta ribut kuat yang melanda sebuah bandar sehingga menenggelamkan 
semua rumah di sekitar New York City.Banjir besar yang seakan-akan 
tsunami ini telah membuatkan seluruh penduduk bandar merasa panik dan 
lari bertempiaran untuk meyelamatkan diri masing-masing.
Deep Impact


Filem sains fiksyen ini mengisahkan tentang seorang ahli astronomi 
telah menyedari terdapat sebuah objek yang dikenali sebagai komet akan 
bertembung dengan Bumi. Pada masa yang sama, seorang wartawan mendapat 
tahu komet tersebut dikenali sebagai ‘Wolf-Biederman’ dan saiz komet 
tersebut dianggarkan sebesar 7 batu (11km) lebar, dan ia cukup besar 
untuk memusnahkan seluruh penduduk Bumi.Berikutan fakta tersebut, pihak 
berkuasa telah menghantar krew untuk ke angkasa lepas dan memusnahkan 
komet tersebut. Dalam usaha untuk memusnahkan komet, pihak krew telah 
mengambil inisiatif untuk menggunakan bom nuklear, dengan harapan komet 
tersebut dapat dimusnahkan, namun begitu apa yang berlaku adalah 
sebaliknya. Komet tersebut telah dikatakan terbelah kepada dua bahagian 
dan kedua-duanya bakal mengancam keselamatan penduduk Bumi.
Transformer 


Transformer merupakan salah satu filem box office Hollywod. Pada 
dasarnya filem ini mengisahkan tentang serangan Bumi terhadap sekumpulan
 robot jahat yang datang dari angkasa lepas dan kewujudan robot-robot 
ini telah diklasifikasikan kepada dua jenis.Menerusi sambungan filem 
Transmormer 2, pihak pengarah turut menyelitkan peperangan yang berlaku 
antara robot dan insiden tersebut telah mengancam keselamatan penduduk 
Bumi.
Darkest Hour


Filem ini menceritakan tentang serangan mahluk asing terhadap 
penduduk Bumi, di mana mahluk teresbut dikatakan akan memburu dan 
membunuh semua manusia. Pada awalnya makhluk asing tersebut hadir ke 
Bumi dalam bentuk cahaya dan mereka boleh mengesan kehadiran manusia 
menerusi aliran cas elektrik.Sekumpulan anak muda telah mencipta sebuah 
senjata yang terdiri daripada eleman gelombang mikro yang dikatakan 
mampu melemahkan kuasa makhluk asing tersebut.
Doomsday


Dengan hanya mendengar nama filem semua masyarakat sudah boleh 
membayangkan filem ini semestinya menceritakan mengenai hari 
kiamat.Secara umumnya filem ini menceritakan tentang penyebaran sejenis 
wabak virus yang dikenali sebagai ‘Reaper.’ Virus ini telah merebak 
secara meluas dan demi menyekat penyebaran virus tersebut, pihak 
berkuasa telah menjalankan aktiviti kuarantin terhadap individu yang 
telah dijangkiti.
2012


2012 merupakan sebuah filem yang berkisarkan tentang kejadian 
bencana alam yang melanda seluruh dunia, di mana ia menunjukkan 
seolah-olah dunia bakal menuju kearah kehancuran. Filem ini telah 
diilhamkan menerusi hipotesis kaum Maya purba yang meramalkan peristiwa 
kiamat bakal berlaku sekitar tahun 2012.Menerusi filem yang dipaparkan, 
sebuah banjir besar akan berlaku dan bencana tersebut bakal 
menenggelamkan seluruh populasi manusia di muka Bumi.
The Avengers


The Avengers merupakan sebuah filem aksi yang mengisahkan tentang 
sekumpulan superhero yang dikenali sebagai Kapten Amerika, Iron Man, 
Hulk, Thor, Hawkeye serta Black Widow. Menerusi filem ini, pihak 
pengarah telah mengumpulkan kesemua superhero ini ke dalam satu kumpulan
 dan mereka dipertanggungjawabkan untuk menyelamatkan Bumi daripada 
seorang musuh yang menginginkan sejenis objek yang dikenali sebagai 
‘Tesseract.’Menerusi filem ini, ‘Tesseract’ merupakan sejenis objek yang
 difahamkan mampu memberi kekuatan atau kuasa luar biasa kepada 
pemiliknya. Objek tersebut turut berfungsi sebagai alat untuk membuka 
portal antara galaksi di angkasa lepas yang membenarkan penawanan 
makhluk asing ke muka bumi.
End Of Days


End Of Days adalah filem yang berbeza dengan filem-filem lain, di 
mana ia tidak melibatkan bencana alam, serangan mahluk asing mahupun 
asteroid. Filem ini menceritakan tentang gangguan kuasa jahat yang 
kononya dianggap sebagai syaitan dan mahluk ini dikatakan telah 
menganggu penduduk Bumi.Syaitan ini disifatkan sebagai seekor mahluk 
yang boleh menyerupai pelbagai rupa. Berikutan gangguan-ganguan 
berkenaan, manusia terpaksa bersembunyi di dalam gereja dan pada ketika 
itu paderi dipertanggungjawabkan untuk melindungi manusia serta 
memusnahkan syaitan tersebut.
 
