Pages

Friday, 8 February 2013

Semakan BR1M 2.0 (Pembayaran Febuari)



Assalamualaikum dan selamat sejahtera, rasanya mesti ramai yang tak tahu cara nak buat semakan keputusan Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2.0 (BR1M 2.0).. Jangan risau di sini disertakan cara semakan keputusan BR1M 2.0.


Tarikh bayaran BR1M akan dilaksanakan mulai bulan Februari 2013.

Bagi yang dah memohon, anda boleh semak status permohonan BR1M 2.0 dengan cara menelefon talian hotline 1-800-222-500 @ 1-300-88-3010 mulai 11 Februari 2013 ini.

Talian hotline tersebut akan beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari bekerja.
Pertanyaan melalui email ke belanjawan2012@treasury.gov.my

Isi rumah yang layak (RM500):

1) Warganegara Malaysia;
2) Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM3,000 dan ke bawah.
> Berkahwin;
> Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah;
> Bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah (dalam rumah yang sama).
3) Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 dan ke bawah.

Individu yang layak (RM250): 

1) Warganegara Malaysia;
2) Bujang (termasuk Balu / Janda / Duda) yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.
-Tidak termasuk pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malaysia.
-Hanya pemohon yang berjaya sahaja layak menuntut bayaran.
Pemohon yang tidak berjaya masih boleh membuat rayuan .Dapatkan BORANG RAYUAN  DISINI