Pages

Wednesday, 6 February 2013

Penembak Tepat Paling Merbahaya Amerika Mati Ditembak





WASHINGTON - Penembak tepat paling merbahaya di Amerika Syarikat (AS) akhirnya maut ditembak, kelmarin

Bekas tentera elit AS, SEAL, Chris Kyle, 38, mati ditembak di pusat menembak di Texas.

Jurucakap polis berkata, siasatan mendapati terdapat kesan serangan terhadap mangsa selain tembakan.

“Seorang suspek ditahan bagi membantu siasatan,” katanya.

Kyle pernah berkhidmat di Iraq dan sepanjang berkhidmat beliau pernah membunuh 160 orang sekali gus menjadikannya penembak tepat paling berbahaya dalam sejarah AS. - Reuters