Rasulullah SAW bersabda : “Sejahat-jahat
manusia pada Hari Kiamat nanti ialah orang yang bermuka dua.Barangsiapa
bermuka dua di dunia maka di hari kiamat kelak akan mempunyai dua lidah
dari lidah api neraka jahanam.”
Sabda Rasulullah SAW lagi :”Tidak masuk
syurga orang yang suka membesar-besarkan cerita.” Apabila di tanya apa
hikmahnya.Baginda SAW menjawab ;”Sesungguhnya Allah SWT telah mencipkan
semua makhluk itu mempunyai lidah,sama ada yang boleh berkata-kata
ataupun tidak boleh berkata-kata.”
Salah seorang sahabat pun bertanya,”kenapa ikan tidak mempunyai lidah?”
Sabda Rasulullah SAW :” Setelah Allah
selesai menciptakan Adam a.s maka diperintahkan sekelian Malaikat agar
tunduk sujud kepadanya.Semua Malaikat patuh kecuali Iblis laknat.Oleh
kerana iblis enggan sujud, maka Allah melaknatnya serta mengusirnya dari
syurga dan di hapuskan rupanya yang elok itu lalu di hantar ke bumi.
Apabila diturunkan ke bumi, iblis terus
menuju ke laut dan pertama yang di jumpainya ialah ikan.Iblis pun
menceritakan keburukkan dan kekurangan Adam a.s kepada ikan katanya ”
sesungguhnya Adam itu amat suka memburudan membunuh binatang -binatang
yang ada dilautan dan didaratan.”
Apabila ikan mendengar kata-kata iblis
itu ia pun segera menghebahkannya kepada binatang laut yang lain berita
tentang Adam a.s.Oleh kerana Allah tidak menyenangi perbuatan ikan
inilah lalu dihilangkan lidah ikan agar tidak lagi dapat menyampaikan
berita yang tidak sebenarnya.”