Pages

Monday, 31 December 2012

Faktor Mempengaruhi Kelajuan Internet

Berikut adalah perkara – perkara yang mempengaruhi kelajuan internet anda

high speed internet 

Keadaan operasi computer.
Jika komputer anda menjalankan terlalu banyak operasi, ia akan beri kesan kepada kelajuan internet anda iaitu ia akan memperlahankan kelajuan internet anda. Oleh itu, untuk dapatkan kelajuan yang optimum, anda tutup fail yang anda tidak gunakan.

Kekerapan anda melakukan maintainance.
Dari semasa ke semasa anda perlu sentiasa melakukan maintainace terhadap komputer anda. Antara perkara yang anda perlu lakukan adalah scan dan delete virus, bersihkan fail – fail sampah terutama temporary files, dan menyusun fail – fail menerusi defragmation. Apabila komputer anda bersih dan tersusun, kelajuan internet anda akan meningkat.

Penggunaan browser.
Browser google chrome biasanya lebih laju daripada browser internet explorer. Selain itu, penggunaan plugin dan add on di browser internet juga memberi kesan kepada kelajuan internet.

Pembekal talian internet.


Kelajuan internet mengikut negara.

Biasanya anda akan langgan talian internet mengikut pakej. Jikaanda melanggan pakej talian internet yang laju internetnya rendah, anda memang akan menerima talian internet yang perlahan. Selain itu, jika talian internet anda menjadi perlahan secara tiba – tiba, kemungkinan besar pembekal talian internet sedang melakukan maintainance terhadap servisnya.

RAM komputer anda.

Semakin tinggi nilai RAM komputer atau pelayar internet anda, semakin laju internet anda. Jika anda membeli pakej talian internet yang berkelajuan tinggi dari pihak pembekal talian internet tetapi nilai RAM anda rendah, kelajuan internet anda tetap akan jadi rendah.

Program Antivirus.

best antivirus 2012

Ada beberapa program antivirus yang memperlahan kelajuan internet apabila anda aktifkan ia. Oleh itu, untuk dapat kelajuan internet yang anda mahu, anda mungkin perlu pilih program antivirus yang terbukti tidak menganggu kelajuan internet apabila ia di aktifkan atau anda disable program antivirus tersebut apabila anda ingin gunakan internet dengan kelajuan yang maksimum.

Sumber